Get Widget
Kisah Dina & Hazim: Ultraman Fire!!!! (Specium Ray)

Apr 7, 2010

Ultraman Fire!!!! (Specium Ray)

Satu perkembangan yang Irma baru perasan berkenaan dengan Hazim. Dia dah pandai buat aksi Ultraman Fire !!!!!!!!!!! Terkejut sangat bila first time Hazim buat aksi tangan macam tu kat Hubby. Mulanya, kami semua tak faham apa aksi yang hazim tengah buat.Nasib baiklah ada penterjemah tak berbayar (Dina) tolong explain yang Hazim tengah buat aksi ultraman. Oh..! My little boy jadi ultraman plak… Di rumah 2 beradik ni tak pernah sekali pun menonton kartun Ultraman. Irma pun tak sure kartun Ultraman ni ada kat channel yang mana.Semua berkenaan watak Ultraman Hazim belajar di rumah pengasuh. Ini lah untungnye… hantar dua beradik ni kat rumah pengasuh banyak perkara baru yang mereka belajar tambahan pulak pengasuh tu bukan sahaja menjaga 2 beradik ni tapi ada 2 beradik lagi ( Rayyan & Mikail) dan seorang cute baby Alesya.Total kanak-kanak yang diasuh ada 5 orang. Ramai tak? Semuanya under control… tau, Actually, Rayyan & Mikail ni fanatic dengan watak Ultraman. Sampaikan pergi rumah pengasuh pun boleh bawak DVD Ultraman. Hasilnye Hazim pun dah terikut-ikut. Bagus jugak Hazim ada kawan lelaki nak bermain tidak leh bermain dengan Kakak Dina je.. hari-hari bermain dengan play-Doh dan Barbie.. huh, nanti Hazim pun jadi girl macam Dina lagi haru…. Hubby plak yang sekarang ni terlebih excited dengan perkembangan Hazim ye… lah Hero Abah. Sebab Hubby excited sangat bila hazim boleh buat macam terus ajak mama beli ultraman untuk Hazim…. Ni Abah ke..anak yang nak main Ultraman???? ;) Layan je..lah Sekurang-kurang nye… bertambah koleksi toys hazim kan.. selain daripada bola, kereta dan flash card.
Aksi tangan sambil mulut bunyi 'bzzzzzzzzzzzzz'
Specium Ray

4 comments:

  1. jgn lepas ni dia nak jadi superman, sudah la...takut kang lain jadinya...apa2 pun telatak kanak2 memang seronok.

    ReplyDelete
  2. tu..lah, risau sgt. Skrg ni pun kerap monitor Hazim sbb suka sgt memanjat.

    ReplyDelete
  3. hehhehe..sm la dgn dani. sejak ddk nursery ikm ni mcm2 benda die blajar..slh satunya jd ultramen la.. mcm2 gaya die bt.. kt rumah tk pnh pn tgk citer mcm tu.. kuat btl pengaruh ultramen, ben-10, seperman..hehhehe

    ReplyDelete
  4. betul tu farrah, pening tengok Hazim tu... skrg ni pun dah pandai bergaduh dengan Dina riuh satu rumah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnag