Get Widget
Kisah Dina & Hazim: Hazim & pacifier.

Mar 19, 2010

Hazim & pacifier.

kalau U all perasan sebelum ni, Irma ada buat entry tentang penggunaan pacifier @ soother pada bayi dan kanak-kanak.kali ni irma nak cerita plak pengalaman Irma sendiri dengan pacifier ni…. Hazim mula dikenalkan dengan pacifier seawal usia 2 minggu. Masa tu... Hazim baru je keluar daripada NICU. Irma sendiri dengan suka relanya memberikan pacifier. Ops… apa yang irma buat ni ada sebab dan musabab tersendiri OK. Hahaha boleh ke macam tu..ye… Tujuan Irma bagi pacifier pada Hazim adalah untuk melatih daya ‘menyonyot’ (Sucking) Hazim kerana Hazim mampu menyusu seperti bayi normal walaupun ketika itu dia pembedahan bibir Hazim belum lagi dilaksanakan cuma daya sucking tidak berapa kuat. Memang lumrah seorang bayi menyusu dengan kaedah ‘menyonyot’ (sucking) tak kan lahir-lahir je terus nak minum guna cawan macam orang dewasa kan… tak pasal-pasal terkejut beruk plak … so tak salah mencuba untuk kebaikan. Bagaimana pula dengan penggunaan bottle & feeder????? Irma tidak pernah sekali-kali abaikan nye OK. Biasanya seminggu sebelum pembedahan bibir dan lelangit Irma akan fully bagi susu pada hazim dengan menggunakan bottle & feeder. Masa ni, no more pacifier just bottle & feeder only. Bab ni disiplin kene kuat..hati mau kering… Walaupun kadang-kadang tu kesian jugak tengok Hazim macam tak puas je meyusu. Alhamdulillah Hazim seorang anak yang senang didisiplinkan. Sayang anak mama… Apabila tiba tarikh pembedahan yang ditetapkan Hazim tiada sebarang masalah untuk menyusu sebab telah dilatih. Penggunaan feeder & bottle sebelum dan selepas pembedahan adalah penting bagi memastikan luka pada pembedahan tidak terbuka dan kelihatan cantik. Alhamdulillah luka pembedahan bibir Hazim sembuh dalam masa 5 hari sahaja selepas tu Hazim kembali menggunakan pacifier. Begitu juga semasa pembedahan lelangit, luka pembedahan lelangit Hazim sembuh dalam masa 2 minggu dan selepas itu Hazim kembali menggunakan pacifier sehingga sekarang. Cuma sekarang ni, Irma dah kurangkan penggunaan pacifier sebab gigi Hazim dah mula tumbuh… Irma pernah bertanya dengan seorang pakar pertuturan tentang penggunaan pacifier kepada Hazim. Menurut beliau tiada sebarang masalah kerana ia mampu perangsang otot sekitar mulut dan lidah untuk pertuturan. Berbeza pendapat dengan Doktor plastic surgery, yang mana beliau menghalang sekeras-kerasnya penggunaan pacifier sebab takut hasil pembedahan yang beliau lakukan tidak cantik. So… setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza terpulang kerpada individu itu sendiri yang penting korang tahu tujuannya.

1 comment:

  1. salam,akak..sy nak tanya nih?Hazim after repair cleft palate soft tu..percakapan dia macam mana ye akak?sbb anak sy pun ada cleft palate soft...now, dia br 2months...cuma nak tau percakapan dia after surgery....ada masalah percakapan macam sengau tak kak?tq tuk info akak..dan sy bc blog akak n ia betul membantu sy...bila tgk hazim dh besar, mcm xpercaya dia ada cleft..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnag