Get Widget
Kisah Dina & Hazim: ENT Klinik

Mar 2, 2010

ENT Klinik

Entry ni dah lama tertunggak, hampir 2 minggu masih lagi dalam box draf.kesibukkan dengan tugas yang bertimbun-timbun dan tiadaan mood yang melanda menambahkan lagi pemerapan entry ni. Hari ni kupaksa diri untuk meneruskan menyiapkan editing yang tertunggak.
Hazim telah selesai menjalani pemeriksaan pendengar di Hospital Serdang. Alhamdulillah, pendengaran Hazim normal. Doktor kata kegagalan ujian audio pada telinga sebelah kanan berkemungkinan disebabkan Hazim baru sembuh daripada selsema yang mana serba sedikit akan blok pendengaran pada telinga tengah. Biasalah kan, kita yang normal ni bila selsema pun pendengaran kita akan kurang. Apabila telah selesai berjumpa doktor, prosedur seterusnya pembersihan 'tahi telinga' yang dilakukan oleh pembantu perubatan. Dah alang-alang check telinga so cuci lah sikit telinga tu...
Angka Giliran kami . Kiranya yang first... tapi biasalah hospital kerajaan nak tunggu nombor dipanggil pun dekat sejam. dan sementara tunggu giliran ni lah aktiviti Hazim. Nasib baik lah kat hospital ni dah ada play area di ruangan menunggu. Taklah budak-budak bosan sangat, dan ibu bapa pun tak lah penat memikirkan aktiviti untuk anak-anak.

Hazim dibekalkan dengan ubat 'nasal spray'. yang mana ubat ni biasanya digunakan semasa Hazim selesema. Hazim perlu pemakaian selama seminggu sebelum tarikh ujian Audio dilakukan bagi memastikan rongga hidung betul-betul kering. Ujian Audio Hazim pada 23 March so seminggu sebelum tu lah ye.

2 comments:

  1. x serempak ngan amirohizan ke kat hosp serdang tu?

    Menunggu lama kat govt hosp.. that's normal..

    ReplyDelete
  2. selalu gak jumpe dia. Dia dok kat kaunter bayaran.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnag