emm...alahai..
bila anak demam dan sihat memang merisaukan
apatah lagi bila demam jer suhu antar 39 sehingga 40
nak pergi kerje pun hati tak senang..
teringat-ingat keadaan si kecil,
Dari private clinic ke gov hospital balik semula ke clinik yang lain tapi demam tak kebah-kebah.
ubat yang dibekalkan pun sama jer antibiotik, paracetamol, ubat batuk dan ubat selsema.
sampaikan kat rumah boleh buka farmasi.
tapi sakit yang dihidapi tak sembuh-sembuh jugak.
Akhirnya warded kat Az-zaharah bangi,
dah dua hari kat sini, ni bermakna dah 2 hari jugalah mama cuti,
esok giliran abah pulak jaga dan mama pergi kerja.
bukan berkira-kira pasal siapa yang patut jaga hazim di sini.
tetapi memikirkan cuti rehat yang dah semakin sikit dan boleh dikira dengan jari.
so sistem pengiliran wajib dibuat.
nanti takut ada emergency, cuti rehat dah habis lagi lah haru-biru jadinya
Alhamdulillah keadaan hazim ada sedikit perubahan.
dah ada selera makan dan minum susu, tido pun lena
pagi tadi dah jalani fisioterapi mengeluarkan kahak dalam paru-paru.
semoga lepas ni semakin okeh yer.
cuma demam tu masih lagi tinggi sekitar 38 hingga 39.
** entry tanpa gambar memang tak best. tak ada penyeri.
Kemudian jer lah irma masukkan gambar
cabel camera tertinggal kat rumah pulak.
Sep 28, 2010
Sep 19, 2010
Urutan selepas pembedahan Bibir
Pastinya perasaan lega dan gembira terpancar diwajah ibu dan ayah, sebaik sahaja anak yang dilahirkan dengan kleft bibir telah selesai menjalani pembedahan. Perasaan penat menjawab setiap persoalan yang diajukan kian pudar. Syukur kepadaNya memudahkan segala urusan.
Kali ni, Irma ingin kongsikan urutan yang Irma lakukan pada Hazim setelah selesai menjalani pembedahan bibir. Irma dapat info ni dari Doktor Liaw semasa beliau merawat Hazim di hospital. Dr Liaw advice Irma kerap lakukan urutan di tempat luka pembedahan menggunakan baby oil setelah luka benar-benar sembuh.
Biasanya bekas luka pembedahan akan kelihatan amat buruk dan beruping sebelum ianya beransur-ansur pulih.Terdapat dua jenis jahitan yang mana jahitan yang akan tertanggal dengan sendirinya manakala yang satu lagi jahitan yang akan dibuka kira-kira seminggu selepas pembedahan.
Hazim seminggu selepas pembedahan bibir
Sekarang, nampak lebih encem kan...
Selepas 2 minggu, Hazim selesai menjalani pembedahan bibir. Irma amalkan satu urutan lembut dalam gerakan melingkar (circular motion) dan menolak-nolaknyaya ke bawah dengan menggunakan Bio Oil selama 3 hingga 5 minit Urutan ini dapat membantu melembabkan dan melembutkan kulit dan bekas luka berkanaan disamping menghilangkan kesan parut yang ada. Sebelum lakukan urutan pada kesan pembedahan pastikan dahulu kesan pembedahan benar-benar telah sembuh dan tidak bernanah.
Kenapa Irma menggunakan Bio Oil sebab ia mengandungi vitamin A dan E dan ia Dihasilkan daripada minyak kalendula, lavender,rosemary dan kamomil yang mana boleh menghilangkan kesan parut pada kulit yang luka. tapi kalau tak suka atau tiada boleh gunakan sebarang minyak yang mengandungi vitamin E.
Ni bukan bertujuan untuk promote bio oil okeh, tapi bercerita berdasarkan pengalaman. kepada syarikat Nuvanta Sdn. Bhd sila ambil hazim untuk model iklan yer. hehehe...
Imej hasil carian En. Google.
p/s: Irma masih amalkan urutan ni sampai sekarang walaupun Hazim dah besar kadang-kadang tu sampai Hazim terlena.
Sep 18, 2010
Syawal 2010 di Parit Buntar.
Pagi Syawal, selepas bersalaman dan bermaaf-maafan.
kami menziarahi pusara Arwah ayah dan arwah Kak Mizan.
Seterusnya, selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri
kami berkunjung ke rumah sanak saudara di Bukit mertajam dan Butterworth
kami beraya dari pagi sampai ke malam sebab nak habiskan berkunjung ke rumah semua family.
penat sangat tapi puas.... dapat jumpe ramai sedara mara.
yer lah bukan senang dapat berkumpul dan berjumpa ramai-ramai kecuali time raya dan kenduri kendara.
Dina dan Hazim pun banyaklah dapat kumpul duit raya.
sampai Dina pun hairan kenapa ramai sangat orang bagi duit.
hahaha.....
Hari raya kedua kami tak kemana-mana
stay di rumah dan hanya menerima kunjungan sanak saudara.
menu utama ialah Soto manakala menu sampingan yang lain
rendang ayam, ketupat palas, nasi impit, samah daging dan kuah kacang
semua disediakan oleh BIL,
Irma dan 2 lagi anak sedara yang lain cuma tolong bab penyediaan bahan mentah.
kami beraya dari pagi sampai ke malam sebab nak habiskan berkunjung ke rumah semua family.
penat sangat tapi puas.... dapat jumpe ramai sedara mara.
yer lah bukan senang dapat berkumpul dan berjumpa ramai-ramai kecuali time raya dan kenduri kendara.
Dina dan Hazim pun banyaklah dapat kumpul duit raya.
sampai Dina pun hairan kenapa ramai sangat orang bagi duit.
hahaha.....
Hari raya kedua kami tak kemana-mana
stay di rumah dan hanya menerima kunjungan sanak saudara.
menu utama ialah Soto manakala menu sampingan yang lain
rendang ayam, ketupat palas, nasi impit, samah daging dan kuah kacang
semua disediakan oleh BIL,
Irma dan 2 lagi anak sedara yang lain cuma tolong bab penyediaan bahan mentah.
Menziarahi Pusara sebelum solat Sunat Aidilfitri.
Menziarahi pusara Ayah, Emak dan Kak Mizan.
Syawal ni jugalah kali pertama irma ikat ketupat palas
biasaya sebelum ni ketupat palas disediakan oleh kak Emah dan arwah Kak Mizan
tapi disebabkan kak Emah tak balik beraya tahun ni tugas tu telah
diambil alih oleh Irma dan my niece.
huh, memang sangat mencabar.. barulah Irma tahu ikatan ketupat palas boleh tentukan jantan dan betina.
kalau nak dapatkan ketupat palas yang cantik dan kuat perlulah ikatan jantan.
Gambar kenangan Syawal 2007 : Kak Emah dan arwah kakMizan menyediakan ketupat palas.
Gambar kenangan Syawal 2007 : Dina sangat tekun belajar ikatan ketupat palas.
dimana Mama Dina masa ni yer?????
Dina bersama Kakak Ainun dan Kakak Afifah
Labels:
aidilfitri,
My Family
Subscribe to:
Posts (Atom)




