Get Widget
Kisah Dina & Hazim

Mar 8, 2013

Gaduh Dalam kereta


Asslammualaikum...


Rasanya rata-rata ibubapa yang mempunyai anak-anak yang sedang membesar suka bergaduh sesama mereka kan... Bergaduh yang Irma maksudkan disini bukanlah bergaduh sampai bertumbuk atau berdarah tu.... alah gaduh-gaduh manja adik beradik... berebut permainan, berebut seat dalam kereta...dan berebut nak report aktiviti kat sekolah setiap hari...

Irdina dan Hazim pun macam tu..... balik jer dari taska...
masing-masing bergaduh rebutkan seat yang mana satu nak duduk dalam kereta....
lepas tu bergaduh sebab masing-masing berebut nak bercerita aktiviti masing-masing kat sekolah... sampai je di rumah berlumba lah dua beradik tu sapa yang dapat tekan lift dulu...
lepas tu berebut siapa masuk rumah dulu..... hai kadang-kadang tu tak sempat irma nak buka kunci rumah dah bertolak-tolak lah kat depan pintu tu.....

biasanya pergaduhan dan perebutan ini akan berakhir dengan tangisan.... rasa-rasa korang lah kan siapa yang menagis....

urmmmp... Hazim lah,
siapa lagi...hazim memang tak boleh terima kekalahan...

Bab bergaduh dalam kereta tu Irma tak tahan...sebab tak boleh fokus masa driving..macam-macam cara irma cuba supaya dia orang ni tak bergaduh..

mula-mula tu...naik jer kereta irma pasangkan cartoon kat mereka.. sehari dua boleh lah bertahan lepas tu bergaduh jugak sebab kakak nak tengok Barbie dan adik pulak nak tengok Changington...

ok tukar cara lain pulak...

Bermain teka-teka warna bus nadi putra... yang ni pun bergaduh sebabnya Hazim selalu salah sebut warna bus...

ok tukar cara lain lagi..

Bermain teka huruf dan no plate kereta...  yang ni pun bergaduh jugak...

ok tukar cara lain lagi...

Pandang awan, dan mintak dia orang teka awan tu bentuk apa.... macam-macam lah bentuk yang mereka sebut... awam tu macam nenek...macam elmo....macam ikan...
 yang lawak nya masa terjumpa awam tu bentuk ikan boleh pulak hazim tanya....

"Abis macam mana Hazim nak fishing...  "

buat masa ni ni jer lah idea yang muncul dalam kepala ni untuk rasa lebih seronok dan selesa semasa driving.. semua cara ni irma akan ulang-ulang setiap hari.. rasanya macam perlu cari idea lain lagi sebab nampak masing-masing dah mula bosan dan bergaduh-gaduh manja... adoi..lah

kepada kawan-kawan yang ada idea yang bernas meh lah share dengan Irma yer...


Mar 7, 2013

Say No To Smart Reader


Assalammualaikum.....

Seperti hari-hari biasa yang lain....mengejutkan hazim bangun pagi untuk ke taska memang susah. Walaupun dah hampir 3 bulan berulang alik ke taska setiap hari. Soalan yang sama pasti terpacul dari bibirnya

Hazim : Mama, kita nak pergi mana ?
Mama : kita nak pergi school lah...
Hazim : alah...hazim tak nak pergi school
Mama : hazim nak pergi mana?
Hazim : hazim nak pergi Tesco...

kadang-kadang tu, dia jawab

"Hazim nak balik rumah atok....."

Ada satu hari tu, dalam perjalanan balik dari Taska.Irma sembang dengan Hazim.

Mama : Kenapa hazim tak nak pergi sekolah....
Hazim : ...... (diam)
Mama : Hazim tak suka School tu ker?
Hazim : tak.... Hazim suka...
Mama :Hazim tak sayang cikgu Mimi (his teacher' name) ker?
Hazim :Sayang...
Mama : Habis tu kenapa tak nak pergi school..... Hazim nak pergi smart reader?
Hazim : tak nak...
Mama : kenapa hazim tak nak pergi smart reader...
Hazim : abis...Hazim tak nak menari....
Mama : ?????

hahaha... ni lah punca Hazim tak nak pergi smart reader, Mesti pada pandangan dia smart reader tu hanya untuk belajar menari.... tambahan pulak kakak Dina memang suka menari kat rumah.

Tiba-tiba kakak Dina menyampuk...

"Menari tu sekejap jer lah..., untuk konsert jer... hari lain kakak belajar..."
"kan mama..."

Yeah, Dina mempertahankan school pilihan dia. Buat masa ni memilih preschool memang Irma akan tanya dengan anak-anak mana satu preschool yang mereka nak pergi...Taska tempat hazim duduk sekarang ni memang pilihan dia sendiri... dah banyak kali dah tanya kat dia... tetap nak taska tu jugak, kalau ikut perancangan asal Irma dah hubby nak Hazim ke smart reader besama-sama dengan Dina, sekurang-kurangnya. Dina ada untuk tolong tengok-tengok kan Hazim.

Tahun depan tak tahu lah preschool mana pulak yang Hazim akan pilih....

Mar 6, 2013

Idea Deco

 
Assalammualaikum...
 
 
Irma sedang mencari idea untuk mendeco bilik anak dara sorang tu....
Memandangkan dia pun dah besar, memang sepatutnya tidur berasingan bilik dengan kami...
Biasalah....anak-anak disuruh tidur sendiri... banyak sangatlah request dia...
sampai konsep bilik tidur pun dia yang tentukan...
 
Dina Request nak cadar repunzel dan bilik mestilah kombinasi warna purple dan pink
hahaha.... high taste sungguh...
cat dinding bilik memang tak lah kan.......
warna cadar, bantal dan langsir jer Irma akan ubahsuai ikut selera dia.
 
Irma ada ambil beberapa gambar dari web http://www.houzz.com sebagai rujukan...
so kepada yang sedang tercari-cari idea untuk mendeco bilik anak-anak boleh lah tengok yer...

 
 
Suka dengan cara susunan alat tulis tu....
nampak kemas jer...

 
Susunan bantal tu cantik kan...
memandang dah lama tak uji skill menjahit...
InsyaAllah kalau berkesempatan nak kembali menjahit
 

 
Perasan tak frame kat belakang tu...
Masa Mr. Hubby ke London tahun lepas dia ada beli peta tu untuk Hazim
Nanti bolehlah frame kan dan gantung dalam bilik Hazim.
( Bilik Hazim? haha entah bilalah anak bujang tu nak tidur sendiri..sekarang ni pun asyik menyelit je antara Irma dan Hubby)
 

 
suka dengan kombinasi warna cadar dan langsir tu...
tapi yang irma fokus kat sini sarung stool tu..
rasa macam nak tirulah...
 



 
Wording kat dinding tu nampak menarik...
rasa-rasanya kalau buat untuk bilik anak dara tu...
cantik tak?
 
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnag