Get Widget
Kisah Dina & Hazim

Mar 7, 2012

Singapore : Hari Pertama Sampai..

Salam semua....

Hari ni, Irma nak sambung cerita tentang singapore...

Hari pertama sampai, kami hanya jalan-jalan disekitar Geylang Serai.

One of the reason kenapa kami pilih Kawasan geylang Serai sebab kawasan ni ramai melayu dan senang nak dapat makanan halal yang sesuai dengan tekak kami.

Ni lah tempat kami menjamu selera masa mula-mula sampai...

Pasar Geylang Serai.

Pasar Geylang Serai ni sama seperti pasar basah kat Malaysia..
Tempat ni bersih sangat...tak berbau pun.
ada 2 tingkat. area bawah tempat jual barang basah dan bahagian atas dibahagikan kepada dua food court dan tempat jual pakaian.

Macam ni lah suasananya.....




Minuman yang Irma order tu Air Mata Kucing Harga S$ 1.60 dalam cup yang panjang dan ada lebih 10 biji buah mata kucing dalam tu.
Nasi yang Irma makan tu pulak Namanya Nasi Briyani harganya S$5.00 kalau korang nak nasi briyani kosong jer harganya S$1.00.

Nasi beryani tu Irma beli kat gerai bawah ni....


My BIL pulak order makan kat Sinar Pagi Nasi Padang
Masa kami sampai ni orang beratur panjang nak beli nasi
tu yang buat teruja nak cuba jugak...
rasanya sangat sedap... Harga pun okey.


Lepas makan kami jalan-jalan di area Geylang serai......

Kedai-kedai Sekitar Geylang Serai.

Setentang dengan Pasar Geylang Serai adalah Joo Chiat Complex.
Kat sini banyak jual kain langsir
kain cotton pun ada jugak tapi yang biasa-biasa jer lah.


Lepas maghrib, kami ke rumah family sebelah hubby kat Bukit Batok.....


Kami makan ramai-ramai kat sini.
makanan oklah sedap..sangat sesuai dengan selera kami.

opsss... sorry yer korang makan semua dah licin tinggal sisa jer...
sangat tak sopan kan tunjuk sisa makanan kat korang....

Lepas sembang-sembang...dalam pukul 11 malam
kami bertolak balik ke hotel. 

p/s: entry seterusnya..adalah cerita kami di USS

Mar 6, 2012

Teka kaki siapa ?

Salam uols.....

Sebelum Irma sambung cerita tentang Singapore
apa kata kita main teka teki dulu...
sejak dua menjak ni, Dina dan Hazim sangat suka tukar-tukar selipar....

kadang-kadang tu Dina pakai selipar Hazim dan Hazim pulak pakai selipar Dina

Ada jugak kadang-kadang mereka ni tukar selipar sebelah  jer..dan sebelah lagi pakai selipar sendiri.

lepas tu mereka akan gelak kuat-kuat sampai orang sekeliling dok pandang-pandang dengan muka confius

hahaha.... cute kan.

Ok berdasarkan gambar kat bawah ni,

Cuba korang teka mana satu kaki Dina dan mana satu kaki Hazim.



Kalau teka teki macam ni kene sediakan hadiah tak?

ummmm... korang nak Hadiah ker?

Ok untuk teka-teki ni tak ada  hadiah yer korang....

just warming up sebelum Irma buat first-giveway yang betul-betul punya.

Nanti kan giveaway daripada Irma nanti yer...

tunggu tau...




daaa.....Love korang ketat-ketat.

Mar 5, 2012

Singapore : Our Itinerary

Selamat Pagi Isnin ya,

Okey entry kali dan seterusnya pastinya tentang percutian kami ke singapore selama 3 hari 2 malam. ( 29 Feb hingga 2 March ) kalau tengok pada tarikh tu boleh kata macam 2 bulan tak ?

Harap korang enjoy membacanya... dan semoga pengalaman ni jugak boleh dijadikan sebagai panduan untuk korang ke sana pulak yer...

Serius best...

Ok perjalanan pergi kami menaiki AirAsia dan pastinya pakej  tambang murah. Kos tak sampai RM300 untuk 3 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak. (Hubby, Irma, Wak Jo, Dina dan Hazim)

Sebelum bercuti, kami dah urus awal-awal segala urusan tiket flight, hotel, tiket USS, dan tiket keretapi. 
so duit poket kami hanyalah untuk kos makan, kos MRT atau taxi dan shopping..........

Oh, ya kalau korang nak tau perjalanan pergi kami menaiki flight manakala perjalanan balik kami naik train Senandung Sutera dari JB Sentral ke KL Sentral.

Pengalaman yang menyeronokkan untuk Dina dan Hazim.
Tujuan utama holiday ni pun untuk mereka berdua...

Kalau parents lain nak bercuti kene tunggu cuti sekolah... tapi untuk kami terpaksalah tunggu Irma cuti semester baru boleh pergi bercuti... kesian kan... kene tunggu jadual Mama mereka free dulu.

Korang tengoklah aksi Hazim kat bawah ni. memang suara Hazim jer lah sepanjang perjalanan
Nasib baik flight tak penuh.. so boleh lah dia merayap dari satu seat ke seat yang lain.


Kami sampai Di Cangi Airport lebih kurang jam 12.30 t/hari. Biasanya perjalanan menaiki flight akan mengambil masa 1 jam. dan kami sampai 15 minit lebih awal.

Mula-mula sampai haruslah bergambar dulu.

Perjalanan Dari Airport ke Hotel kami menaiki teksi. Kalau korang nak naik MRT pun boleh jugak. 

kos transport seperti kat bawah ni yer...


Ok disebabkan kami hanya 3 orang dewasa dan 2 kanak-kanak. so staff kat kaunter taxi tu advise supaya kami tidak perlu membeli kupon pergi terus ke tempat menunggu taxi. jangan Risau kat sini keselamatan kita memang diambil berat so tak adalah ulat-ulat taxi macam kat Malaysia.

Di ruang menunggu tu nanti ada seorang staff yang akan call taxi untuk kita. Taxi kat singapore ni semua pakai meter so jangan takut kalau mereka akan kenakan tambang yang mahal yer. Taxi drivers kat sini  sangat jujur dan baik hati. Okey, kos dari Airport ke Hotel hanyalah S$6.00. reasonable kan harganya.

Sepanjang Di Singapore kami menginap di Hotel 81 Tristar, Geylang Serai.
Oklah hotel ni bersih dan selesa. Swimming pool pun ada tau.
Di sini kami ambil family room. kos untuk 1 malam S$ 137 termasuk taxs. kami booking 3 Hari 2 malam so darab jer lah yer.. dan kami extend sampai pukul 6.00 petang masa hari terakhir so kami kene tambah lagi S$60.

Macam ni lah rupa hotel tu dari luar...



sorry lah korang tak tak ada gambar dalam bilik yer...


Train perjalanan balik kami ambil yang tempat tidur. kos untuk tempat tidur RM40 per katil. Korang boleh pilih sebenarnya nak jenis seat yang macamana ada juga yang jenis bilik. kalau nak tempat duduk biasa pun ada.

Macam nilah lebih kurang keadaan katilnya. oklah muat untuk Irma tidur dengan Hazim dan Dina dengan Hubby.



Ok..setakat ni dulu. Nanti Irma cerita tempat-tempat yang Irma sempat pergi sepanjang di Singapore.

daaa....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnag