Get Widget
Kisah Dina & Hazim

Nov 2, 2011

Belajar Iqraq

Alhamdulillah, dah hampir 2 bulan  Dina dan Hazim belajar Iqraq,
nampaknya Dina menunjukkan perkembangan yang baik cuma Hazim jer lah yang banyak sangat alasan.

Dah lama sebenarnya Irma nak mereka belajar Iqraq, cuma En. hubby agak keberatan. 
kalau boleh biarlah Dina dan hazim mngenal huruf hijaiyah dahulu barulah memperkenalkan mereka dengan Iqraq. 
Selepas irma terangkan banyak kali kat hubby ,barulah hubby izinkan.
tambahan pulak my maid willing nak mengajar mereka mengaji so sangat berbesar hatilah Irma.

Buat masa ni, Irma tak paksa mereka belajar Iqraq cuma Irma jadikan sebagai amalan setiap hari lepas solat maghrib mereka perlu belajar Iqraq sekurang-kuranya 15 minit. 

Alhamdulillah apabila dah terbiasa dengan rutin sebegitu, mereka tak perlu disuruh untuk mengaji. secara semula jadi mereka dah tahu apa yang perlu dibuat selepas solat maghrib.

picture kat bawah ni En. Hubby snap masa irma menyemak bacaan Dina dan Hazim sebelum kami keluar makan. siap berebut lagi siapa mengaji dulu.


Alhamdulillah ,Dina lebih mudah memberi tumpuan berbanding Hazim 

tengok tu siap check kuku kaki lagi...
isk...memang nak kene cubit tau.

boleh pulak suruh mama baca sampai habis.
siapa yang mengajar siapa ni sebenarnya?

Nov 1, 2011

Terima Kasih semua...

Salam,
Terima kasih semua atas ucapan hari lahir dan doa kalian.
hehe... tinggal tahun ni jer lah merasa 20'an tahun depan dah masuk 30'an.
rasa dah tua pulak...


Lama tak update kat sini.... terlalu banyak yang ingin dikongsi dengan kalian.
Insya Allah kalau berkesempatan Irma akan update satu-persatu....

bila yer?
entahlah Irma pun tak berani nak berjanji. tetapi Irma akan cuba.

kepada yang hantar email bertanyakan tentang klef, Irma minta maaf banyak-banyak sebab ada kalanya Irma lambat reply email.
sorry sangat-sangat buat kalian tertunggu-tunggu yer...


Irma akui bukan senang pegang banyak title dalam satu masa. banyak perkara perlu dikorbankan. kadang-kadang tu ada jugak terfikir alangkah seronoknya kalau diri ini boleh dibelah-belah   pastinya Irma akan bahagikan kepada 3 bahagian 1 bahagian dirumah untuk suami dan anak-anak. 1 bahagian di tempat kerja dan satu bahagian lagi di bilik kuliah.  tapi itu cumalah angan-angan  kosong . Realitinya tidak begitu. Apa pun Irma akan teruskan selagi termampu.

Terima kasih atas doa kalian.

Oct 10, 2011

Cerita Hari ni,

Pagi tadi semasa dalam perjalanan ke Kafetaria untuk membeli sarapan
terpandang seorang perempuan yang agak berusia memegang sebatang tongkat empat kaki.
didadanya terlihat tanda nama,
Oh, kakitangan kerajaan rupanya...
Lalu terus terbayang adakah begini keadaan diriku apabila telah menginjak ke Usia 60 tahun
masih menghabiskan sisa-sisa hidup di ofic.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnag