Get Widget
Kisah Dina & Hazim

Sep 18, 2011

Cleft: Pemakanan selepas Pembedahan Lelangit

Bagaimana pemakanan Hazim setelah pembedahan lelangit dilakukan ?

Selepas selesai pembedahan membetulkan lelangit. Hazim terpaksa ditahan diwad ICU selama 24 jam ini kerana Hazim mengalami komplikasi paru-paru. Sepanjang berada di ICU irma hanya dibenarkan melawat Hazim bukan menemaninya.

Alhamdullillah, sepanjang di ICU hazim berada dalam keadaan stabil dan dibenarkan pulang ke Wad keesokkan harinya. Di wad Hazim dibenarkan makan dan minum seperti biasa .

Bagi penyediaan makanan Hazim, Irma dinasihatkan untuk memberi Hazim minum air masak selepas minum dan makan ini bertujuan bagi mengelakkan terjadinya jangkitan kuman pada luka pembedahan tersebut. Irma juga digalakkan memberikan hazim ais-cream untuk memberikan kesan kebas pada jahitan lelangit seterusnya mempercepatkan proses pemulihan luka jahitan.

Bentuk makanan yang dibenarkan?.

Hazim dibenarkan untuk makan sebarang bentuk makanan tetapi makanan tersebut mestilah lembut seperti bubur dan bijirin . Irma juga akan pastikan makanan Hazim telah betul-betul sejuk kerana makanan yang panas boleh memudaratkan jahitan lelangit hazim. Ada juga beberapa ketika Irma terlewat menyediakan makanan Hazim. Dalam keadaan ini Irma akan campurkan beberapa ketul ais dalam makanan Hazim.

Irma hanya memberikan hazim makanan pejal (finger food)  selepas Irma yakin bahawa lelangit hazim telah sembuh sepenuhnya. Iaitu kira-kira sebulan selepas pembedahan. 

p/s:  Bersama-sama kita doakan semoga Adik Faris selamat menjalani pembedahan lelangit esok.( 20 Sept 2011) Setelah tertunda beberapa kali sebab masalah kesihatan. Semoga kali ni tiada lagi halangan yer sayang. amin.

Sep 16, 2011

Selamat pagi

Selamat pagi u olls.... dan Selamat hari Malaysia,
Mesti sekarang ni ramai yang tengah susun jadual untuk menghadiri Open house kan.kan....
Irma pun banyak dapat jemputan Open House... tapi tak sure lagi boleh pergi atau pun tidak..
Kalau en. Hubby izinkan pergi dengan Dina dan Hazim, InsyaAllah Irma akan hadir..kalu tidak terpaksalah kami memerap duduk kat rumah jer.
En. Hubby sangat busy sekarang ni. so tak boleh nak ajak dia ke mana-mana...
dan Irma jarang mendapat keizinan utk drive jauh-jauh terutamanya kalau bawa anak-anak bersama. Dia takut Irma tak boleh handle kalau Dina dan hazim bergaduh dalam kereta. so minta maaf yer kepada yang menjemput kalau Irma tak muncul-munculkan diri. hik,hik,

Dah lama irma tak buat entry tentang Cleft dan CLAPAM kan.
memandangkan cuti 3 hari ni tak ada buat apa-apa Irma bercadang nak buat entry  tentang cleft.
entry ni nanti semua berkaitan dengan pertanyaan yang irma dapat melalui email, yahoomassanger (ym) dan personal massage (pm). dan juga panggilan telefon. InsyaAllah,
tunggu yer...
hoho.. nampaknya sekarang ni kene stop dulu sebab Dina dan Hazim dan bangun tidur
dan ,my bibik tengah mop lantai..so kene berenti dulu takut adakan yang tergolek sbb licin.

sekian,

Sep 14, 2011

Sandal Bunga Dina

Akibat keboringan duduk dalam kereta semasa perjalanan balik dari kampung.

Dina telah menghasilkan satu seni yang sangat kreatif... dan Irma memang tak sangka yang dia akan melakukan itu. Sangat kreatif kamu nak....

Selalunya Irma biarkan Dina main game atau melukis pada G Tab. Tapi disebabkan dua beradik ni awal-awal lagi dah berebut nak main game so dua-dua kene denda tidur sepanjang perjalanan. baru setengah jam perjalanan Hazim dah terlena mungkin sebab malam sebelum tu dia tidur lewat. Dina pulak tak tidur lagi.. buat muka boring jer.... sambil tu mintak simpati  supaya boleh main game.
Buat muka kesian...


Biasanya kalau bab mendenda dua beradik ni..memang En. Hubby tak compromise langsung..
denda tetap denda ....
tapi tak lah sampai berjam-jam....paling lama pun biasanya setengah jam.

entahlah, lepas setengah jam tu Dina senyap jer.. ingatkan dah tidur dah kat belakang ...
rupa-rupanya ada aktiviti yg dia buat.

"mama...tengok slipper kakak"
"cantikkan"
"Kakak buat Bunga"


"&%$#?*&^$#@!"
"Kenapa kakak conteng?"

"Tak lah mama kakak Lukis bunga"
"kan slipper  ni dah tak ada batu (beads)... kakak tengok tak cantik pastu kakak lukis lah"

En. Hubby menyampuk pulak  "cantiklah kakak. Pandai anak Abah"

alahai sangat kretif nyer anak mama ni. Nasib baiklah slipper basahan jer.. kalau kasut raya mesti dah kene cubit.....
Inilah hasil lukisan bunga Dina, kreatifkan.

sekian utk entry kali ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnag