Get Widget
Kisah Dina & Hazim

Feb 11, 2011

Bakul Sayur vs Bakul Mainan

Disebabkan tak larat nak mengemas permainan Dina dan Hazim hari-hari. Irma telah membeli ini untuk senyimpan semua permainan dua beradik tu.......



Ni sebenarnya bakul sayur yang selalu korang boleh nampak kat pasar-pasar, tak kiralah pasar malam atau pasar borong. cume bezanya warna. korang boleh jumpa bakul ni dalam dua warna sama ada hitam atau biru. dari segi saiz semuanya sama.

Hah, senangkan.....sumbat jer semua permainan kat dalam ni.
kalau dulu mengemas permainan jer dekat setengah jam sekarang ni 5 minit pun dah siap.
best....best. ^__^

**Niat asal nak beli laundry basket tapi bila compare harga dan saiz, lagi jimat beli bakul sayur ni. Harganya cuma RM35 ringgit berbanding laundry basket dengan saiz yang sama RM60++.

Feb 10, 2011

Selamat Bertunang Mama Lin

Cuti Hari wilayah dan CNY kami ambil kesempatan pulang ke kampung. Tujuan utama mestilah nak jumpe dengan mak dan Abah lama sangat dah tak balik kampung.  Last hari tu balik kalau tak silap masa bulan ramadhan tahun lepas. selebihnya banyak mak dan abah jer yang melawat kami di putrajaya. Tujuan kedua Adik Irma yang no 2 bertunang. yang first dah bertunang last year. so tak lama lagi akan bertambah ahli keluarga kami,

Sepatutnya Irma bertolak balik ke kampung Hari selasa malam tapi disebabkan banjir di Kota tinggi dan jalan Kahang kami tukar jadual dan bertolak keesokkan harinyer......Alhamdulillah perjalanan kami lancar dan di kiri kanan jalan masih lagi dipenuhi air.

Persiapan pertunangan pun berjalan dengan lancar, yang kelakarnyer mini pelamin dan hantaran semua dah ready tapi para jemputan tidak dijemput lagi. Nak jemput awal2 takut pulak pihak lelaki tak dapat sampai ke rumah kami akibat banjir. so...bila pihak lelaki dah confirm berada di Mersing sehari sebelum majlis baru lah kami menjemput jiran tetangga. Ops... lupa nak beritahu bakal adik Ipar Irma ni orang Terengganu....

Mini pelamin yang simple.
Irma dan hubby buat sendiri tau. hehehe....
peralatan semua kami bawa dari Putrajaya.
cantik tak?

Hantaran kepada pihak lelaki 9 berbalas 7.
 yang ni pun Irma gubah sendiri.

Ni lah Adik Irma yang no 2
selamat bertunang Mama Lin


Disebabkan Irma jagi orang paling sibuk sepanjang majlis berlangsung so tak banyak gambar yang dapat di snap. sampaikan tak perasan gambar dina dan Hazim langsung tak ada. huhu...

sebagai ganti tengok jer lah gambar dua beradik ni yang kepenatan yer....

2 orang budak yang kepenatan tolong mengemas sepanjang majlis.

**pesanan untuk Mama Lin jangan lupa bayar kos pelamin + hantaran + baju + accessories tu yer... hehe

Feb 8, 2011

Movie : Yogi Bear

Menonton wayang bersama Dina dan Hazim ahad lepas sangat menyeksakan....

grrrrrrrr rasanye, kalau boleh bertukar dah lama jadi monster hijau .... 

5 minit pertama dalam panggung wayang bila time nak minum air jer baru perasan Hubby lupa ambil straw.  Disebabkan irma duduk ditepi sekali terpaksalah Irma jer  mengalah kuar ambil straw. kang klu tak amik straw nak minum cam ne plak, takkan nak gogok dengan big cup tu . ..

15 minit lepas tu Dina pulak tumpahkan pop corn. Habis satu box pop corn tu tumpah sebiji pun tak tinggal, pastu sibuk plak suruh mama dia ni pergi beli yang baru ...wawawa nak menangis tau...
disebab kan irma malas nak layan hubby dengan rela hati keluar pulak pegi beli pop corn yang lain.  Bila dah dapat pop corn senyap semula.

10 minit lepas tu Dina berebut sweet corn pulak ngan Hazim. Bila tak dapat sibuk suruh abah dia pergi beli pulak.Nasib baiklah dah pujuk-pujuk nak diam. Itu pun setelah Irma ni bagi 2 pilihan sama ada nak sweet corn pastu balik tak payah tengok wayang atau tengok wayang sampai habis baru beli sweet corn.

tak sampai 10 minit tiba-tiba Dina cakap nak ke toilet pulak. .. Alahai Dina ni betul2 lah menguji kesabaran , Bab ke toilet ni tak boleh tanguh-tanguh kang tak pasal2 terkencing kat situ sape lak yang nak mengelapnyer... so Irma pass  Hazim kat hubby dan terus bawa Dina keluar ke toilet. masa Irma nak keluar tu Hazim pulak dah start merengek-rengek takut sangat kene tinggal ngan mama dia. Then bila dah dekat ngan pintu keluar jer  terus dengar suara Hazim menagis.  Irma malas nak layan, kang kalau patah balik panjang pulak cerita nyer terus jer bawa Dina pergi Toilet.
.
Balik jer dari toilet Hazim dah ada kat luar, hahaha ..... dah agak dah. Hazim melalak kat dalam tadi. Huh, confirm lah bergema satu panggung tu dengar suara Hazim. so biarkan Hazim kat luar dalam 5 minit baru masuk balik.

Sepanjang kat dalam panggung wayang tu memang Irma tak faham langsung jalan cerita Yugo Bear tu...pada Irma cerita nyer tak menarik langsung. budak2 lain pun 20 minit pertama dah start resah gelisah. Ada juga dua tiga orang budak berlari-lari dalam panggung yang gelap tu.  mungkin sebab jalan cerita nyer terlalu membosankan. Amat tersiksa nak tunggu cerita ni habis. Dah habis jer cepat-cepat ajak hubby keluar.



aksi-aksi  keterujaan Dina dan Hazim sebelum menonton Yogi Bear. lepas tu terus buat perangai....


p/s: kepada sesiapa yang terganggung semalam dengan gelagat kami satu family mintak maaf lah yer...hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnag