Perkembangan peggunaan bahasa Dina semakin baik. kalau dulu selalu keluar perkataan-perkataan yang agak pelik kesinambungannya sekarang dah semakin kurang. kerap jugak Irma perlu perbetulkan sesuatu perkataan sambil menerangkan maksud dan penggunaannya.
hahaha.... tiba-tiba hari ni Dina telah mengeluarkan perkataan yang membuatkan mama tergelak.
'daging ni ketat lah mama'
'bukan ketat lah kak...liat,'
'hah salah eh..'dengan mimik muka confius.
'salah tu..'.
kalau dulu lagi lah bahasa Dina lagi lah ke laut.
rambut kusut jadi rambut ketat.
hal-hal yang berlaku semalam Dina cakap tadi.
Hah, yang ni memang selalu buat Irma pening, jenuh nak mengingat balik bila peristiwa tu berlaku.
dan macam-macam lagi lah. tapi yang pasti setiap patah perkataan yang terkeluar membuatkan Irma tergelak.
En.Hubby kata penggunaan perkataan dalam bahasa melayu memang susah sikit nak ajar berbanding bahasa inggeris. Huh, ayat macam power jer bahasa inggeris kan,kan....
tak kisahlah...kan Dina, yang penting Dina faham lagi pun masih dalam proses belajar.
Jan 23, 2011
Jan 9, 2011
2nd: happy Birthday Hazim
Happy Birthday Hazim,
wah...! Hero mama dah BESAR
bukan baby lagi...
lepas ni mama kene layan Hazim sama macam kakak Dina
no more manja-manja and no more nangis2 Okeh,
so sape nakal kene rotan denda up-down
hehehe...
semoga anak mama menjadi anak yang soleh,
mama saaaaayang Hazim,
Labels:
Azim'Chot',
My Family
Jan 6, 2011
Last Review
Semalam merupakan kali terakhir Hazim ada review Clinik Plastik di hospital Serdang. Selepas ni semua review plastik akan dibuat dia HKL. Ini apa yang telah dimaklumkan oleh kakitangan kat hospital Serdanglah. Kalau Irma tersalah Info sila maklumkan yer.... Tapi untuk klinik ENT dan Klinik Paedratic masih lagi di Hospital serdang. So..ini bukanlah kali terakhir kami akan menjejakkan kaki disini. Sebab Hazim masih lagi ada follow up untuk kedua-dua klinik ni.
Parents semua, jangan ingat bila anak dah selesai menjalani operation bibir dan lelangit maka selesaikan semuanya. Sebenarnya untuk anak klef macam Hazim banyak lagi follow up yang perlu dijalani seperti ujian pendengar, pertuturan dan memantau perkembangan fizikal mereka.
Budak yang sangat aktif, memang susah sangat nak duduk diam.
Muka protes apabila Abah suruh stop bermain.
Berpeluang bertemu dengan Baby Ummu.
Baby ummu ni salah seorang pembaca blog MamaDinaHazim tau...
hahaha... statement tak tahan, macam baby ummu ni pandai membaca jer...
parents dialah...
Hah, baru clear muka baby Ummu,
baby ni tersangatlah aktif nak dapatkan gambar yang clear memang susah.
Ni lah Dr Choeng,
Doktor yang menjalankan operation bibir Hazim masa usia Hazim 3 bulan,Selepas ni Dr. Cheong dah tak berkhidmat di sini. Beliau akan berkhidmat di Hospital Pantai.so sesiapa yang memerlukan khidmat Dr Dheong bolehlah berjumpa beliau di Hospital Pantai.Kami juga akan mengikut beliau ke Hospital Pantai.
So untuk entry klinik plastik seterusnya adalah dari Hospital Pantai.
Labels:
Azim'Chot',
cleft,
Operation,
sumbing
Subscribe to:
Posts (Atom)






