Hari ke-2 Dina ke taska keadaanya lebih baik.
Dina dah tak malu nak minta susu dan air jarang (air masak)
Alhamdulillah, dah berkurang sifat malu anak mama.
Cuma bab ke toilet je… ada terkucil sikit…
Mungkin sebab leka bermain.
Tak pe boleh dimaafkan ye..kakak
Hari ni pun Dina dah start belajar huruf A,B, C, dan D.
Dina belajar lagu baru ‘ Bangau Oh Bangau”
ops.. lupe nak beritahu....
Irma ambil package playschool...sambil bermain sambil belajar
dalam pakej ni ada disediakan silibus seperti berikut:
1. asas bahasa melayu & asas pra tulis
2. Asas bahasa inggeris
3. Asas matematik
4. Doa-doa harian
5. lagu Nasyid dan Nyanyian
6. Kisah-kisah Nabi & tauladan
Jul 5, 2010
Jul 4, 2010
Hari Pertama Ke Taska
Dina dah melangkah ke satu era baru ......
hehehe... ke Taska Tak jauh mana pun kat kawasan apartment kami jugak
perancangan awal Dina akan ke taska tahun depan,
Dah terlanjur Taska tu mula beroperasi 1 Julai,
so hantar je lah...
Kanak-kanak sebaya Dina pun tak ramai lagi.
Awal pagi Dina dah bangun
D- 'Hari ni Dina pergi School kan Mama'
M- Ye....
D- Tak payah bawa bantal rabbit (bantal busuk-masam) tau. bawa susu jer....
M- Ok (sambil masukkan bantal rabbit dalam bag), pergi mandi dengan Abah ye...
D- Ok, Dina nak minum susu ngan mee gorengwah.. siap order lagi.... boleh tahan anak dara sorang ni
M- Mama tak masak mee goreng lah kakak.... Nasi goreng boleh????
D- Ok
Sebelum pergi taska siap pesan lagi kat Adik Hazim
D- Kakak tak pergi rumah Mak Cik(pengasuh) dah.....kakak pergi school
Adik sorang jer kat rumah mak cik, jangan nangis tau...
(panjang lebar tinggal pesan kat Hazim)
H- k..sambil anggukkan kepala
Bila sampai taska Mama pulak tinggal pesan kat kakak Dina
M- jangan nakal tau...dengar cakap cikgu
kalau nak susu mintak ngan cikgu...
kalau nak makan cakap dengan cikgu
kalau nak pergi toilet cakap ngan cikgu
D- k
M- macam mana best tak pergi school
D- best
M- belajar ape hari ni?
D- tak lagi , Dina main jer...
M- Nak kencing cakap tak?
D- Tak... tadi Dina kencing dalam seluar.M- Kenapa tak cakap ngan cikgu? kan mama dah pesan cakap ngan cikgu..
D- Dina malu, kawan-kawan dina tak cakap ngan cikgu pun. ada kencing dalam seluar macam Dina jugak.
M- kesian cikgu, lain kali cakap ngan cikgu yer..
D- Ok. sorry mama...
M- ramai kawan tak?
D- ramai,...Kenapa mama bawakan bantal rabbit dina?
M- mama takut nanti Dina tak boleh tidur....
D- kan dina dah cakap tak payah bawak...
mama ni saje nak malukan dina
dina malu tau....
sentap sekejap bila Dina cakap macam tu kat mama.... patutlah cikgu cakap Dina simpan bantal rabbit dalam bag.rupa-rupanya Dina malu nak tunjuk bantal rabbit dia.
M- sorrylah.....esok tak payah bawak ye...
D- Dina lapar...Dina nak susu...
M- Dina tak mintak susu kat cikgu ke?
D- Tak Dina malu....
M- tadi makan apa?
D- Nasi ngan sup .... ada biskut...
M- Minum air jarang (air masak ) tak?
D- ada , tapi sikit jer... Dina malu nak mintak cikgu
M- esok jangan malu tau.... nanti Dina lapar. kalau nak susu ke...nak minum ke... cakap ngan cikgu tau,
D- Ok
Untuk hari pertama ke taska. Dina telah terkencing dalam seluar dan tak minum susu langsung dengan alasan dina malu nak cakap kat cikgu. salah Irma jugak sebab pesan kat Cikgu kalau Dina nak susu jer baru bagi.
Alahai anak daraku pemalu rupanya....
with her Bantal Rabbit a.k.a bantal busuk masam
Ready go to Taska.
Labels:
Dina 'Diq',
Taska
Jul 2, 2010
Tersadai.....
Awal-awal bulan lagi kete aku dah buat hal..... suka sangat-sangat geram ada tension pun ada. dah lah sekarang ni berkejar dengan masa dan tengah menghitung-hitung bulan dilangit yang tak mungkin bertambah menjadi dua atau tiga kecuali kalau tengok bayang-bayang dalam air...
Apa yang ko merepek ni Irma??????
Dan sebenarnya ku mengharapkan
disebalik senyumanmu itu kau juga merindui aku.....'
oh..
menyanyi pulak ????
Semalam.... pertama kali dalam sejarah kereta aku kene towing,
kalau dah kene towing tu... confirm-confirm lah kereta aku break down tepi jalan kan....
isk...isk.. sekali lagi penggunaan ayat yang mempunyai maksud yang sama.
Pagi tu, lepas hantar Dina ke Taska , (ops.... lupa nak bagi tahu Dina dah start ke taska berkuatkuasa 1 Julai. nanti irma cerita tentang taska Dina ye...) Irma dapat call dari Pusat service proton kereta dah siap dan boleh ambil so, terus je ke Bangi dulu pastu baru masuk ofic.
Bila dah check semua condition kereta tu ok . Aku terus drive balik ke Ofic. Aku cume mintak En. Suami follow aku sampai aku parking kereta sebab aku takut kereta kau meragam lagi.
On the way balik ke Putrajaya semuanya berjalan dengan lancar tapi bila masuk-masuk je kawasan putrajaya kereta aku dah start meragam balik.
Tiba-tiba je jam kereta terpadam....
pastu aku rasa enjin kereta macam nak mati...
nak berhenti tepi jalan rasa cam tak selamat plak sebab aku berada betul-dekat main road so aku decided tunggu sampai depan bus stop,
belum pun sampai bus stop tiba-tba signal kereta tak berfungsi..dan pedal minyak yang ku tekan tak memainkan peranannye... cuba korang bayangkan masa tu kereta aku berjalan dengan lajakan je...
seterusnya enjin kereta aku mati...
OMG.. aku cume berdoa semoga kereta belakang tak sondol kereta aku.
please...please....kereta belakang tolong nampak aku kat depan ni ye...
Alhamdulillah selamat sampai ke tepi, syukur sangat-sangat...
En. Suami try jumping bateri kereta. Alhamdulillah kereta masih lagi boleh start... so kene hantar balik ke bengkel. kali ni aku rasa fobia sangat-sangat dan aku tukar kereta ngan En, Suami.
tapi kereta aku hanya mampu berjalan sejauh 100 meter dan enjinnya terus mati....
Aku call bengkel Proton, minta hantar towing car sebab kereta aku dah tersadai...
jawapan yang aku terima ..mereka tak sediakan perkhidmatan tu..
huh, jem sekejap otak ni... nasib baik insurans yang aku ambil ada service towing free tapi kene tunggu dia datang dari Shah Alam.
Terpaksalah aku tunggu..
Ni kali pertama kereta aku meragam...
sebelum ni ok je...tak pernah langsung brake down tepi jalan
aku cukup jaga jadual service yang ditetapkan dan aku tak pernah service kat tempat lain selain proton walaupun... warranty dah habis
isk..isk.. nak kata kereta aku tu kereta lama tak jugak baru nak masuk 6 tahun.
lagi setahun lebih je habis bayar...
Hingga hari ni kereta aku tak siap lagi... dan pagi tadi aku pergi kerja 'merempit' ngan En. Suami
huh, dah lama tak merempit.... sesekali merempit ok gak...rasa macam bercinta pulak.

Subscribe to:
Posts (Atom)