Get Widget
Kisah Dina & Hazim

Jun 11, 2010

Dalam Rumah Ada Taman

Aku suka kehijauan dan bunyi air mengalir. Sebab aku akan rasa tenang je.... hilang seketika keletihan dan tekanan. Oleh itu, aku telah membuat sedikit pengubahsuaian pada balkoni dirumahku dengan meletakkan beberapa pasu bunga sebagai langkah permulaan menghasilkan satu taman mini . nak buat macam mana rumah tiada tanah terpaksalah aku tanam dalam pasu je....
Tanam pokok dalam pasu senang nak alih-alih ikut kesesuaian mata menandang. kalau tanam kat tanah terpaksalah aku mengorek tanah tu kalau nak alihkan pokok.
Selain daripada tu, pokok-pokok yang aku tanam ni boleh juga menambahkan kesedapan pada masakkanku yang tak berapa nak sedap. (bilalah aku nak pandai masak??? )
Aku ada tanam pokok kari, kunyit, pandan dan cekur.Cuma pokok kesum je aku tanam tak menjadi lagi.
sebenarnye... aku ada perancangan nak letak water fountain dan batu-batu kecil kat lantai tu tapi memikirkan dua beradik tu yang semakin aktif sekarang ni. Terpaksalah aku batalkan niat murni ku.Buat masa ni biarlah macam ni dulu.
Sebahagian pokok ni ada yang aku beli dan ada jugak yg aku import dari rumah mak aku. Pokok ni semua under quarantine. sebab tu aku asingkan. Dalam pasu purple tu pokok pandan. pasu kuning pokok kunyit.dan pasu leper poko cekur.

Jun 9, 2010

Rajinnye.....

Alahai....rajinnye anak bujang Mama ni. sibuk nak menolong Mama menyapu rumah. Nanti dah besar kalau Mama minta tolong mengemas rumah jangan malas tau...kenelah rajin-rajin so mama tak perlukan Bibik untuk membantu Mama. Hazim sekarang ni semakin mudah menerima arahan. Kalau Mama mintak tolong buang sampah pun laju je buat. kadang-kadang tu terlebih rajin sampaikan jam tangan abah, toys,dan apa je barang kat tangan semua masuk dalam tong sampah... (adakah selepas ini mama perlu mencari barang mama yang hilang dalam tong sampah?????????) Oh...tidak!!!!!!! .

Rajinkan....kan....

p/s: Walaupun kadang-kadang tu, lebih menyepah daripada mengemas.

Jun 7, 2010

Selamat Bertunang Mak Ude

Minggu Lepas Kami sekeluarga balik ke Kampung. Adik Irma bertunang.
Sebagai Kakak mestilah Irma salah seorang orang yang sibuk pada masa tu...
bukan sibuk memberi arahan je tau, tapi sibuk menolong jugak.
Tak ketinggalan Dina dan Hazim... sibuklah mengacau di dapur, Bila nampak Mak Ude pakai cantik-cantik Dina sibuklah menempel kat mak Ude nak tumpang glamour sekali.
div align="left">
Kali ni Irma import sekali Abang Ipar Irma yang berperanan membuat hantaran dan mini pelamin untuk Mak Ude.
Alhamdulilah majlis berjalan dengan lancar walaupun pada mulanya agak huru-hara sebab rombongan tiba setengah jam lebih awal daripada masa yang dijanjikan.

selamat bertunang Mak Ude

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnag