Get Widget
Kisah Dina & Hazim

May 7, 2010

Enrich

Baru je..terima bungkusan dari MAS 2 beg aeroplane yang comel…

Ni..lah beg yang comel tu....

Sebenarnye, Irma baru je redeems lebihan points enrich yang tinggal sebelum ianya terkubur begitu saje… sebelum ni dah pernah redeem 2 kali . first untuk perjalanan KL – Penang dan second upgrade tiket dari economy class ke first class (KK – KL) perpindahan ke semenanjung. Apabila dah stay kat semenanjung ni sekerap mana lah sangat naik flight kan, so points tak le lebat mana pun. Okey Irma sambung cerita Macam mana nak dapat beg ni …… 1. Mestilah jadi enrich member.

2. Tunjuk enrich kad ni masa check in untuk dapatkan points. Cara points dikira ialah 1 mile = 1 points.

3. Bila dah banyak point boleh lah redeem dengan tiket / voucer / barang. Sila rujuk web http://www.malaysiaairlines.com/my/en/loyal/enrich/enrol/enrol-now.aspx untuk pilih barang yang nak redeem.

4. Untuk redeem barang kiraanya seperti ni 70 points = RM 1 Jika pilih untuk barang utk post by mail MAS akan mintak kita bayar kos pengeposan yg mana akan dicaj menggunakan kad kreadit.untuk makluman debit kad tidak diterima ok.

Warna biru untuk Hazim.

Warna merah untuk Dina.

Aksi 2 beradik bila dapat beg.

Pesan aku untuk kawan-kawan yang masih lagi di KK. kumpul points enrich korang banyak2 ye.. nanti boleh tebus dengan macam-macam hadiah.

Dah Boleh Berjalan

Yeah….!!!! Excited sangat sekarang ni coz Hazim dah boleh berjalan mungkin cerita ni tak begitu mengujakan bagi korang tapi bagi Irma ia satu perkembangan yang sangat dinanti-nantikan… Syukur sangat-sangat Hazim boleh bangun dan duduk dengan sendiri pada usia 9 bulan..pastu dia terus mengesot…. Tak merangkak langsung… puaslah paksa Hazim merangkak dan bertatih tapi dia tetap mengesot dengan lajunye…. cume baru-baru ni... sebulan sebelum boleh berjalan sendiri hazim barulah merangkak... Perkembangan hazim yang lain semua normal cume bab berjalan je lambat sikit. Ada juga orang tua-tua beritahu kalau budak mengesot memang lambat jalan, Ya… fakta tu betul… (belajar dari pengalaman) Walaupun begitu, tu Hazim aktif sangat memanjat sofa, kerusi,stools Paling Hazim suka membuli Kakak Dina sampai nangis ( Dina memang cengeng sikit) Bila dah pandai jalan ni… macam budak besar lah pulak… langsung tak nak dipegang. Semua nak buat sendiri…. Aksi Hazim bila kene tinggal :-
kalam-kabut nak Ikut Abah keluar
kakak Dina dah mendahului
menjerit....bila kene tinggal
Tahniah anak mama…… Satu perkembangan yang baik.

May 5, 2010

Balik kampung...

Hujung minggu lepas kami sekeluaga balik kampung Hubby di Parit Buntar (PB) Lama sangat rasanya tak balik PB…Sejak Kak Mizan meninggal, Inilah kali pertama kami balik PB. Terasa lain sangat balik kali ni… Semacam ada yang kurang seri rumah tu… Bila berlegar-legar di dalam rumah terasa sayu je hati ni… Dina pulak Tanya berkali-kali mana Mak Mizan ? Pastu mulalah Dina create cerita yang Mak Mizan pergi Klinik ambil ubat. Sebenarnya Dina tak tahu yang Mak Mizan dah meninggal 5 bulan yang lepas. Sebab masa tu Dina dan Hazim tak ikut balik kampung cume Irma dan Hubby je…Kebetulan Arwah Kak Mizan meninggal malam sebelum Abah Irma pergi Makkah so tinggal lah dua beradik ni dijaga oleh nenek mereka. Agak sukar jugak nak terangkan pada kanak-kanak seusia Dina apa maksud kematian ianya perlukan bukti supaya Dina mudah faham.. Hari Ahad, sebelum kami bertolak balik ke Putrajaya.. Irma bawa Dina dan Hazim ziarah Kubur Arwah dan terangkan yang Mak Mizan dah meninggal. Sekarang barulah Dina faham apa maksud kematian dan di mana seseorang itu akan dikebumikan apabila meninggal kelak. Alhamdulillah, Dina dah semakin cerdik… Sekarang ni, hari-hari Dina cerita kat Irma yang Mizan dah tiada…. “ Mak Mizan dah meninggal (sometime Dina akan sebut mati), Mak Mizan sekarang ni duduk dalam tanah yang atasnye ada rumput….. pastu ada 2 batu atas tu…Mak Mizan duduk kat dalam tanah tu diam-diam (tidur). Kesian mak Mizan duduk dalam tu sorang-sorang. Tak de kawan. Orang dan meninggal kene duduk dalam tanah.” Irma selalu pesan pada Dina… “Kalau Dina teringat kat Mak Mizan, Dina kene baca doa untuk mak Mizan supaya Mak Mizan tak sunyi duduk kat sana ye… Dina kene baca Alfatihah ( Alhamdulilah, Dina dah boleh baca Al-Fatihah walaupun tak berapa lancar lagi)” p/s: Bersama-sama kita sedekahkan Alfatihah untuk arwah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnag