May 5, 2013
Apr 26, 2013
Apr 12, 2013
Apr 5, 2013
Apr 3, 2013
Apr 2, 2013
Mengejar Belon Panas
Assalammualaikum....
Dina dan Hazim sangat teruja dengan balon panas.... maklumlah hari-hari boleh nampak dari taska mereka...
dari hari khamis lagi mereka dah request nak pergi tengok..... so hari jumaat tu, Irm balik awal dari ofic terus bawa dia orang pergi ke sana....punyalah teruja ..... masing-masing berlari...
Hazim sangat suka dengan balon panas berbentuk smurf.....
siap request nak naik belon lagi.....
so Irma janji dengan dia orang hari sabtu keesokkannya kita akan naik.
Dina dan Hazim sangat teruja dengan balon panas.... maklumlah hari-hari boleh nampak dari taska mereka...
dari hari khamis lagi mereka dah request nak pergi tengok..... so hari jumaat tu, Irm balik awal dari ofic terus bawa dia orang pergi ke sana....punyalah teruja ..... masing-masing berlari...
Hazim sangat suka dengan balon panas berbentuk smurf.....
siap request nak naik belon lagi.....
so Irma janji dengan dia orang hari sabtu keesokkannya kita akan naik.
hari sabtu seawal 6.00 pagi Irdina dah bangun sebab nak naik balon....
punyalah semangat...siap dia yang tolong kejutkan Irma dan Hazim...
lepas bersiap-siap,lebih kurang pukul 7.00 pagi kami dah keluar rumah
punyalah kecewa...bila beratur jer.. rupa-rupanya tiket dah habis...
penjual tiket kat situ bagitau orang ramai beratur seawal 4.00 pagi untuk membeli tiket... uisk..awal gile....
so tak ada lah rezeki budak-budak tu nak naik balon panas..
Bagi mengubat kekecewaan mereka.... hubby ajak kami mengejar kat mana lokasi balon panas tu akan jatuh...best jugak..hahaha..
mula-mula tu kami tunggu di kawasan apartment Presint 8...
lepas tu kami pergi kearah cyberjaya... happy sangat budak 2 orang tu
siap mereka pulak terjerit-jerit...
"sana abah..sana abah......" (sambil jari tunjuk kearah balon panas)....
Hari Ahad pulak, Dina dan Hubby keluar lebih awal dengan harapan dapat beli tiket...
sekali lagi bukan rezeki kami...orang ramai dah beratur 3/4 daripada bulatan..walaupun kaunter belum lagi dibuka... ada yang beratur masih memakai kain pelikat uolls...
Hubby tak sanggup nak beratur lama-lama... takut nanti sampai giliran kami tiket dah habis...
so sekali lagi kami mengejar balon panas...
hahaha... seronok jer...bangun seawal pagi semata-mata nak mengejar balon...
Apr 1, 2013
Kimchi....Oh...Kimchi
Assalammualaikum....
Tiba-tiba jer tekak ni teringin nak makan kimchi....
tapi nak yang buat sendiri...mengada-ngada sungguh tekak ni...
gigihlah Irma menggoolge resepi, mula-mula tu tengok kat link blog
lepas tu rasa tak puas hati sebab nak pure hasil tangan orang korea...
walaupun tangan yang bakal membuat ni tangan
so belajar pulak dari youtube.... (Irma refer sini) lagi senang faham
langkah-langkah berkimchi cara Irma,
Pertama sekali, mestilah ada bahan-bahan utama, bahan-bahan ni irma agak-agak jer tau, tak ada sukatan yang betul ikut sesedap rasa jer..
800g kobis panjang
1/2 biji epal
1/2 biji lai
1/3 lobak putih
bijan
sos ikan
3 ulas bawang putih
1/2 bawang holland
2 inci halia
garam
Mula-mula potong kobis panjang, anggaran ukuran 2 inci, lepas tu rendam dengan air garam lebih kurang 4-5 jam. tahap kemasinan air garam tu lebih kurang semasin air laut. so kalau korang tak tau berapa masin air laut tu silalah pergi ke pantai dan rasa air laut tu yer...
lada kering tu korang buat macam korang nak buat cili blend tu.... buang biji2 semua lepas tu rebus...kemudian blend. irma tak guna yang ready made sebab takut sakit perut.
campurkan bahan yang telah blend tadi dengan cili blend tadi, tahap kepedasan terpulang pada korang, masukkan sos ikan anggaran dalam 3-4 sudu.
basuh dan toskan kobis yang dah direndam dengan air garam tadi biarkan dalam 1/2 jam.
lastly gaulkan semua bahan hingga sebati. dan taburkan bijan.
ok... siap...........
jemput makan korang.....
Labels:
resepi
Party Packs Irdina
Assalammualaikum......
Morning korang,
anak-anak rebina Irma sangat rajin.....
gigih mereka membungkus party pack untuk sambutan birthday dina,
tengok jer lah gelagat hazim tu......
sampai berpeluh-peluh....
Asalnya Dina yang buat sorang-sorang....
tiba-tiba hazim datang nak menolong jugak...
terus Dina mengelat.... adakah patut, Dina suruh Hazim masukkan semua susu kotak, coklat dan sumijelly yang dia cuma masukkan belloon jer...
isk..isk..isk.... memang tau,
suka mengarah ker...ikut perangai sape ni????
enjoy dengan pictures dua beradik ni berkerjasama....
finally 100 packs dah ready untuk event jumaat ni.
65 packs utk school Dina dan 30 packs untuk Taska Hazim.
anyone nak hire 2 beradik ni..... just let me know okey.....hahaha,
jumpa lagi,
daaa.....
Morning korang,
anak-anak rebina Irma sangat rajin.....
gigih mereka membungkus party pack untuk sambutan birthday dina,
tengok jer lah gelagat hazim tu......
sampai berpeluh-peluh....
Asalnya Dina yang buat sorang-sorang....
tiba-tiba hazim datang nak menolong jugak...
terus Dina mengelat.... adakah patut, Dina suruh Hazim masukkan semua susu kotak, coklat dan sumijelly yang dia cuma masukkan belloon jer...
isk..isk..isk.... memang tau,
suka mengarah ker...ikut perangai sape ni????
enjoy dengan pictures dua beradik ni berkerjasama....
finally 100 packs dah ready untuk event jumaat ni.
65 packs utk school Dina dan 30 packs untuk Taska Hazim.
anyone nak hire 2 beradik ni..... just let me know okey.....hahaha,
jumpa lagi,
daaa.....
Labels:
Azim'Chot',
babble,
birthday,
Dina 'Diq',
Dina Hazim
Mar 29, 2013
Sharing : Tarikh DUN terbubar Sendiri
Assalammualaikum....
Isu panas sekarang ni.... bila pilihanraya???
Kalau perhatikan tarikh kat bawah tu...DUN Negeri Sembilan dah Terbubur..
dan akan diikuti negeri-negeri yang lain pulak lepas ni...
Negeri Sembilan : 27 Mac
Pahang : 7 April
Melaka : 21 April
Johor : 21 April
Selangor : 22 April
Perak : 25 april
Perlis : 28 April
Kelantan : 28 April
Pulau Pinang : 2 Mei
Terengganu : 5 Mei
Kedah : 5 Mei
Sabah : 5 Mei
Bila agak-agaknya korang rasa ?????
** Sumber : Utusan Malaysia 29 Mac 2013.
Susun ABC
Assalammualaikum,
Balik dari beli barang malam tadi, tiba-tiba Hazim panggil irma masuk bilik
ingatkan nak minta Irma tukarkan channel TV macam selalu...
rupa-rupa ada eksperimen lagi best yang dia buat,
Hazim dah cabut semua alphabet kat laptop hubby...
"Kenapa Hazim cabut A...B...C...."
"Habis tu....., ABC tu salah...."
"hah???? " *tahangelak*
"abah..pasang ABC tu salah..... Hazim nak buat balik....."
" ABC... tu memang macam tu...., tak pe nanti mama tolong pasang"
" mama pasang betul ????"
" Iyer......"
Lepas tu hazim terus berlari tengok TV pulak....gigihlah Irma sorang-sorang pasang semua alphabet tu, Nasib baiklah.. Hazim cuma cabut alphabet jer, kalau dia cabut semua....jenuh jugaklah nak pasang. Ni pun malam tadi hampir 1 jam baru siap. Ada 2-3 huruf yang kedudukannya terjongket sikit...tak pelah....janji boleh guna.
huhuhu....anak-anak......
Dah hampir nak siap pasang baru teringat snap gambar...
Labels:
Azim'Chot',
babble
Mar 28, 2013
Sambutan Birthday Dina Ke-6
Assalammualaikum.....
Malam tadi kami celebrated birthday Girl tu...... huh, birthday setahun sekali tapi nak celebrate sampai 3 kali....adoi ai... kempis poket Abah kamu,
Sehari sebelum birthday kami celebrate dengan family sebelah hubby, makan simple jer...at Ramal Food Junction, menu utama mestilah satay Willy dan Burger bakar, minat sungguhlah anak dara tu dengan Burger bakar.
Malam Tadi, kami sambut pulak kat Shushi King Alamanda, yang ni pun anak dara tu yang pilih... Sambutan kedua ni, makan-makan bersama family belah Irma pulak.... semua adik-adik yang duduk area KL ada dan terselit jugak Mama De, yang datang dari Batu Pahat.
Hadiah ????
untuglah...jadi Cucu permpuan tunggal dan anak sedara yang suka sangat buat ayat raih simpati....
Irma dah faham sangat dengan taktik dia,
"Dina ni kan, wak/Bapak (panggilan utk BIL), barbie semua dah cukup tapi princess tak cukup lagi...
kesian princess Dina tak ada kawan..."
punyalah mendayu-dayu susun ayat,
Finally, dapat lagi 2 princess dari bapak dan Wak,
Hadiah dari Irma dan hubby memang wajiblah kan...
irma belikan buku dan hubby belikan poney....
Dari Mama De, Pak Cop, Ucu dan Atuk pulak..... Buku, puzzle dan baju,
Ni, Dina tengah tunggu Hadiah daripada Mama Lin dan Pak Long....
so Mama Lin dan Pak Long siap sedia lah yer...haha
Sambutan kali ke-3 pulak, Insya-Allah minggu dengan dengan kawan-kawan Smart Reader.
goodies bag, kek semua tak tempah lagi.... hujung minggu ni kot baru nak settlekan...
Dan terakhir sekali mestilah muka birthday girl yang sangat happy tu.....
Happy Birthday Dina
jumpa lagi, daaaaaaaaaaa
Labels:
babble,
birthday,
Dina 'Diq'
Mar 27, 2013
WW : Strawberry Base
Nak makan apa????
dah pilih..?
Tunggu kejap......
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Ok Siap,
Jemput makan...
Labels:
cameron highlands,
ww
Selamat hari Lahir ke-6 Irdina
Assalammualaikum....
Alhamdulillah, Hari ni genap usia Irdina 6 tahun...
Dari:
Mama, Abah dan Hazim
Alhamdulillah, Hari ni genap usia Irdina 6 tahun...
Mama dan Abah Doakan semoga Irdina menjadi anak yang Solehah dan cerdik
Terima kasih kerana menjadi princess dihati kami.
dan menjadi kakak yang terbaik untuk Hazim
Dari:
Mama, Abah dan Hazim
Labels:
babble,
birthday,
Dina 'Diq'
Mar 26, 2013
Berehat
Maaf tak berkesempatan lagi nak update blog, kami masih lagi kepenatan dengan aktiviti hujung minggu yang sangat padat. jauh sungguh perjalanan kami.
Putrajaya - kajang - Beranang - Seremban - Bukit gambang
Bukit Gambang - Cheras - Putrajaya
nanti pelan-pelan Irma update blog yer...
rumah pun masih tunggang-langgang.... badan ni rasa lemau jer...huhu
hari ni Irma mabil cuti rehat puas-puas kat rumah dengan anak-anak...
jumpa lagi....
Labels:
babble
Mar 22, 2013
40 Kesilapan Ibu Bapa
Assalammualaikum....
Tengahari tadi,Semasa buka facebook Irma ada terbaca sharing info berkenaan kesilapan memdidik anak...Terima kasih sebab sharekan info tu....
Ya...masih banyak perkara yang harus Irma pelajari untuk menjadi yang ibu tebaik kepada Dina dan Hazim..
Irma kongsikan juga kepada pembaca blog ni, semoga kita sama-sama belajar untuk menjadi yang terbaik kepada mereka.
Tengahari tadi,Semasa buka facebook Irma ada terbaca sharing info berkenaan kesilapan memdidik anak...Terima kasih sebab sharekan info tu....
Ya...masih banyak perkara yang harus Irma pelajari untuk menjadi yang ibu tebaik kepada Dina dan Hazim..
Irma kongsikan juga kepada pembaca blog ni, semoga kita sama-sama belajar untuk menjadi yang terbaik kepada mereka.
1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak
4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak
5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak
6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan
7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak
9. Kurang melahirkan kasih sayang
10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak
11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan
13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak
14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak
15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak
16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca
17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal
18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak
19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak
20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak
21. Tidak menggunakan bahasa yang betul
22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak
23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak
24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat
25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak
26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak
27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak
28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak
29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak
30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak
31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak
32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak
33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak
34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak
36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan
37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak
38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak
39. Tidak tegas mendidik anak-anak
40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama
Dipetik dari buku '40 kesilapan mendidik anak' oleh Dr. Hassan Ali, AKRAB 199
** Terima kasih kepada insan yang bermurah hati atas perkongsian ini.
Mar 21, 2013
Cameron Highlands : Heritage Hotel Review
Assalammualaikum....
Atas permintaan seorang kenalan, Irma cerita serba sedikit tentang hotel ni,
Ok, reservation semua diuruskan oleh En. Hubby...
Roomrate boleh refer sini yer
Sebenarnya kami booking jenis superior jer...
tapi mereka upgrade kepada deluxeroom..hehehe
thanks Heritage Hotels...
Atas permintaan seorang kenalan, Irma cerita serba sedikit tentang hotel ni,
Ok, reservation semua diuruskan oleh En. Hubby...
Roomrate boleh refer sini yer
Sebenarnya kami booking jenis superior jer...
tapi mereka upgrade kepada deluxeroom..hehehe
thanks Heritage Hotels...
Dapat 2 katil king saiz.
best, tak payah share dengan En. Hubby
Bilik ni ada disediakan cabel network
laptop tak disediakan yer...
Sila bawa sendiri
Toilet ok, sangat luas....
bathtub dan shower beransingan
nak mandi berjemaah memang boleh sangatlah,
(Pasu-pasu kecil kaktus kat depan cermin tu...
kami beli dan susun sendiri,hahaha...)
view dari balcony bilik kami
Landskap kat Hotel ni cantik...
jalan-jalan waktu senja memang best..
Tambahan pulak dengan udaranya yang sejuk
Selain itu jugak, Hotel ni ada mini library...Tapi banyak buku tulisan jepun dan koria jer...
Ada jugak disediakan playroom untuk kanak-kanak...
Laundry room pun ada... irma tak pasti lah pulak, sama ada mesin basuh and dryer tu ok ke ko..
Cuma yang tak bestnya, breakfast dia..soso jer...
Secara keseluruhan...kalau untuk rehat-rehatkan otak yang kejang ni, sesuailah dengan citarasa Irma.
Labels:
cameron highlands,
holiday
Mak Ambil Keputusan SPM 2012
Ok..
untuk adik-adik yang sedang menunggu keputusan SPM 2012..
boleh semak keputusan secara sms yer...
terutamanya kepada my adik yang tengah bekerja sekarang ni...
Tak larat dah kakakmu ini membebel..
Alasan yang dia bagi, takut keputusan tu teruk.. dan malu nak jumpa kawan-kawan...
adoi..apa-pun keputusan yang diterima, itu adalah atas usaha kita selama ni...
tak semesti keputusan SPM teruk, terus gelap masa...
My Mak pulak yang sekarang tengah berdebar nak ambil keputusan SPM tu...
kesian mak...
So, kepada adikku tersayang sila semak keputusan yer...
kalau takut sangat...meh akakmu ini tolong semakkan...
Labels:
babble
Subscribe to:
Posts (Atom)
































