Feb 28, 2013
Jambatan Cyberjaya menghala ke Aman Putra Runtuh
Assalammualaikum....
PUTRAJAYA: Jambatan Cyberjaya menghala ke Aman Putra yang bersempadan dengan Cyberjaya dan Putra Perdana runtuh kira-kira jam 2.30 petang tadi.
Balai Polis Dengkil mengesahkan terdapat laporan dibuat mengenai runtuhan itu sebentar tadi.
~sumber : Berita Harian~
so kepada kawan-kawan sila ikut jalan alternatif lain seperti keluar melalui persimpangan Saujana Putra sebelum memasuki Lebuhraya Lembah Kelang Selatan, SKVE untuk ke Putrajaya/Cyberjaya.
Feb 27, 2013
Cleft : Cleft / CLAPAM Tab
Assalammualaikum....
Irma dah selesai update Cleft/CLAPAM tab.
So lepas ni taklah tercari-cari entries tentang Cleft lagi yer...
last update 25 Februari 2013.
daaa.......
Feb 25, 2013
Cleft : Tips Sebelum Pembedahan
Assalammualaikum......
Selamat Pagi u olls, dah lama kan Irma tak bercerita tentang cleft....
So hari ni Irma nak berkongsi sedikit tips, persediaan sebelum menjalani pembedahan
harap dapat dijadikan sebagai sedikit panduan kepada ibubapa diluar sana....
Sebenarnya, kerap juga Irma dihujani email...
wah.... ayat dihujani email ni macam artis lah pulak kan...
Okey kalau dibuat statistik secara kasar...dalam sebulan sekurang-kurangnya irma akan dapat 3 hingga 5 email bertanyakan tips untuk menjaga anak yang akan menjalani pembedahan.
Alhamdulillah, setiap pertanyaan dan perkongsian Irma berjaya jawab walaupun lambat...
maaf yer..korang ,
Tips yang Irma kongsi ni, Irma bagi dalam bentuk point jer lah yer,..senang korang nak faham..
- Pastikan anak betul-betul sihat, sekurang-kurangnya seminggu atau 2 minggu sebelum pembedahan dijalankan. Maksud sihat di sini ialah tak demam, batuk, selsema dan sebagainya.
- Kalau anak korang ada mengidapi sebarang penyakit...contohnya asma, tolong beritahu doktor...atau nurse. jangan nak sorok-sorok pulak tau...sebab dia akan mendatangkan masalah.Contohnya Hazim, dia akan ada masalah pernafasan setiap kali nak cabut tiub pernafasan dari mulut dia.Perkara ni Irma kesan masa mula-mula dia menjalani pembedahan bibir. So untuk pembedahan seterusnya, Irma akan cerita masalah ni dengan doktor.
- Okey.... Irma tahu kebanyakkan ibubapa akan menggunakan puting susu semasa memberi susu kepada anak mereka. so...sila pastikan seminggu atau minggu sebelum pembedahan latih anak korang menggunakan spoon feeder.. kenapa???? sebab utama selepas pembedahan anak tidak akan dibenarkan menggunakan puting susu langsung. Peggunaan puting susu selepas pembedahan boleh beri tekanan kepada bekas pmebedahan so kemungkinan pembedahan akan terbuka semula tu ada.... So jangan nak mengada-ngada yer... Banyak kes terjadi jahitan tempat pembedahan terbuka semula. Kesian lah kat anak korang... bukan lama pun, dah sembuh nanti boleh guna puting susu biasa semua.
- Ada jugak yang bertanya tentang buaian. Biasalah sesetengah baby akan ada masalah untuk tidur, mesti nak masuk dalam buaian juga. Irma ada terbaca satu blog yang doktor benarkan ibubapa bawa buaian kedalam wad. Hospital mana, Irma tak ingat pulak. So cubalah korang berbincang dengan pihak hospital sama ada boleh bawa buaian atau tidak. Hazim dulu pun macam tu. Apa yang Irma buat... Irma latih hazim tidur tanpa buaian seminggu sebelum pembedahan. Alhamdulillah okey.
- Ikut arahan doktor, biasanya doktor akan suruh anak kita berpuasa sebelum jalani pembedahan.. hah, yang ni jangan ambil mudah.... biarlah anak korang menangis kelaparan.... daripada pembedahan tertunda. Okey, kat sini tips yang boleh Irma bagi... contohnya Doktor akan beritahu pukul 3.00 pagi last boleh minum susu atau makan, dan pukul 5.00 pagi last boleh minum air masak. So korang bagilah makan atau susu pada anak tu sebelum pukul 3.00 pagi dan minum air masak sebelum jam 5.00 pagi. Kalau anak tengah tidur kejutkan... paksa dia menyusu atau makan.... sama macam kita berpuasa jugak lah kan... perlulah bersahur.
- Pakaikan anak dengan pakaian yang bersih... kalau tak mandi pun...lap-lap dengn air suam... biar dia segar sebelum pembedahan.
- Biasanya, ibu atau bapa akan mengiringi anak sehingga ke bilik pembedahan (OT). Banyak-banyak berdoa semoga pembedahan berjalan dengan jayanya.
Sekian, Untuk tips selepas pembedahan Irma akan share pada entry yang lain yer....
Salam Sayang,
Irma Ruhani.
Labels:
Azim'Chot',
cleft,
Dina Hazim,
sumbing
Feb 24, 2013
Kelakar lah....
Assalammualaikum....
Apabila malam-malam macam ni ditemani view Kuala Lumpur yang cantik....
(tutup semua lampu dan buka langsir seluas-luasnya, seriusly terasa macam duduk kat awan)
terus terasa nak update blog...
malam ni irma sebahagian kongsikan perbualan Irma dengan anak-anak...
tak sangka mereka dah semakin matang dan memahami.
Hazim : Mama, Hazim nak besar macam mama...
Mama : Kenapa Hazim nak besar macam mama?
Dina :Kakak pun nak besar macam mama
Mama :Okey...okey cuba cakap kenapa nak besar macam mama
Hazim :Sebab...Hazim nak main bojing (bowling)
Dina :Kakak nak pakai baju cantik-cantik macam mama
Mama :hah...??
Hazim : Bola bojing(bowling) tu berat...Hazim tak kuat...
Dina : Kakak nak pakai make-up mama..
Punyalah berebut mereka nak bercakap sampai bergaduh siapa yang nak bercakap dulu...
haha comel jer rasa.
Mama :Ok, sape nak besar macam mama kene makan banyak-banyak
(sambil suap nasi goreng kampung kat diaorang)
Hazim : tapi, Hazim tak nak baby...
Mama :baby???
Hazim : kalau makan banyak-banyak nanti ada baby...
( haha...mesti Hazim fikir kalau makan banyak-banyak nanti mengandung) alahai anak-anak...
Dina : Kakak pun tak nak kawin....
haha tiba-tiba kakak boleh cerita bab kawin pulak...
Mama : Kenapa kakak tak nak kawin???
sebab..kakak tak nak mengandung...
Adoi...macam mana lah umur baru 6 tahun boleh cerita bab kawin pulak ni...
hahaha kelakar lah diorang ni...
ni pun senyum sorang-sorang terkenangkan dialog anak-anak..
ok..Selamat malam korang,
daaa....
Apabila malam-malam macam ni ditemani view Kuala Lumpur yang cantik....
(tutup semua lampu dan buka langsir seluas-luasnya, seriusly terasa macam duduk kat awan)
terus terasa nak update blog...
malam ni irma sebahagian kongsikan perbualan Irma dengan anak-anak...
tak sangka mereka dah semakin matang dan memahami.
Hazim : Mama, Hazim nak besar macam mama...
Mama : Kenapa Hazim nak besar macam mama?
Dina :Kakak pun nak besar macam mama
Mama :Okey...okey cuba cakap kenapa nak besar macam mama
Hazim :Sebab...Hazim nak main bojing (bowling)
Dina :Kakak nak pakai baju cantik-cantik macam mama
Mama :hah...??
Hazim : Bola bojing(bowling) tu berat...Hazim tak kuat...
Dina : Kakak nak pakai make-up mama..
Punyalah berebut mereka nak bercakap sampai bergaduh siapa yang nak bercakap dulu...
haha comel jer rasa.
Mama :Ok, sape nak besar macam mama kene makan banyak-banyak
(sambil suap nasi goreng kampung kat diaorang)
Hazim : tapi, Hazim tak nak baby...
Mama :baby???
Hazim : kalau makan banyak-banyak nanti ada baby...
( haha...mesti Hazim fikir kalau makan banyak-banyak nanti mengandung) alahai anak-anak...
Dina : Kakak pun tak nak kawin....
haha tiba-tiba kakak boleh cerita bab kawin pulak...
Mama : Kenapa kakak tak nak kawin???
sebab..kakak tak nak mengandung...
Adoi...macam mana lah umur baru 6 tahun boleh cerita bab kawin pulak ni...
hahaha kelakar lah diorang ni...
ni pun senyum sorang-sorang terkenangkan dialog anak-anak..
ok..Selamat malam korang,
daaa....
Labels:
Azim'Chot',
babble,
Dina 'Diq',
Dina Hazim
Feb 21, 2013
Motivasi: Dress CUte....
Assalammualaikum.....
Ok.... saya sangat cute hari ni....
Tak pergi kemana pun..... lepak di Library jer....
Muahaha....
da....
Labels:
Mitovasi.
Feb 20, 2013
Clearkan Draflah Sangat....kan,
Assalammualaikum....
Malam tadi lepas belek-belek coding...
terus buka blog...kononnya nak edit cerita tentang KPJ....
rupa-rupanya ada banyak entries yang duduk bertapa kat dalam draf
so clearkan lah apa yang patut...
Selepas ditapis-tapis entries dalam draf ni....
maka diistiharkan hanya ini sahaja yang melepasi tapisan kasar dan halus...
kebanyakkanya dah siap tinggal editing sikit-sikit jer...
Insya Allah akan diclearkan secepat mungkin...
yang paling lama bertapa tahun 2010... huhu lamanya...
Okey tunggu cerita-cerita basi ni keluar yer...
daaaa...
Feb 19, 2013
Merepek Di Pagi Hari...
Assalamualaikum.......
Selamat pagi semua.......muahaha,
mengambil feel dipagi hari dengan mengadap blog.....
lepas tu terasa macam nak buat new entry... lepas tu lupa dah nak tekan icon mana untuk create new entry..... dan mula tercari-cari....hehe
lepas tu mula menaip..
Itu tandanya...... lama sangat tak update kan....kan...
haha gila sengal pagi-pagi dah tercari-cari....
Pagi ni saya tak pergi cafe... so ada sedikit kelapangan masa sebelum memulakan kerja...
terus je nak update blog....
Okey, saya sebenarnya bukan lah orang yg suka berkunjung ke cafe pagi-pagi.... normally pagi-pagi saya cuma makan biskut or cucur dan semug Cocoa Colagen.. cukup untuk perut saya bertahan hingga tengahhari...hebatkan perut saya....
jap....jap my boss tengah terjengah-jengah kat pintu...mesti ada kerja dia nak bagi...
yah...betul tekaan saya hehe....
"ok boss petang ni saya bagi balik dokumen ni pada boss".
Kita sambung balik...
Baru-baru ni saya ada buat entry baru sebenarnya
masa saya keboringan menjaga Hazim warded di KPJ, kajang...
Entry sakit hati dengan layanan KPJ
Dah siap pun tinggal nak tekan butang publish jer....
entah macam mana my Husband terbaca entry tu dan dia tak benarkan saya publish
sebab ia akan menjatuhkan reputasi KPJ....
ok...disebabkan sayakan seorang isteri yang mendengar arahan ...
maka saya pun biarkan jer dlm draf...
mungkin nanti saya edit semula sebelum saya publish...
masanya bila tak boleh nak janji... kalau ada kesempatan okey,
dah... nak sambung buat kerja yang boss bagi...
jumpa lagi nanti.... Insya Allah,
** punya lah skema, guna perkataan SAYA....muahaha
Labels:
babble
Subscribe to:
Posts (Atom)