Get Widget
Kisah Dina & Hazim: June 2011

Jun 17, 2011

Pink Eye....

Salam Jumaat....,
lama dah tak menjengah ke sini....
ada yang rindu ker.......hehehe
banyak perkara yang perlukan perhatian ..... so sorry sangat2 kpd yang menanti entry terkini dan juga email2 yang tak berjawab sekian lama.
Hari ni merupakan hari pertama Irma bekerja semula selepas hampir 2 minggu mc... teramatlah boring duduk di rumah tanpa dapat melakukan sebarang aktiviti selain makan + tido+ makan + tido dan tido lagi....
huh, bunyi macam seronokkan.... memang seronok kalau kita hanya perlu menjalani keadaan  tersebut sekadar untuk 1 atau 2 hari tapi akan menjadi tension bila kita perlu menjalaninya selama hampir 2 minggu....

sebenarnya Irma kene jangkitan mata . biasa orang sebut sakit mata.... asalnya cuma sakit mata biasa tetapi disebabkan Irma mengalami alahan pada ubat yang dibekalkan ia menjadi semakin teruk dan mata irma dilitupi selaput menyebabkan mata membengkak dan berair.   Penyakit ni dipanggil Trachoma Conjunctivitis.
sepanjang tempoh ni Mata Irma terlalu sensitif terhadap cahaya dan Irma perlu sentiasa memakai cermin mata hitam.Dalam tempoh ni juga Irma seperti orang buta. nak makan tak nampak, nak membaca, menonton semua terbatas, nak berjalan pun  teraba-raba..... tak dapat nak bayangkan kalau Irma perlu menjalaninya seumur hidup. 
Huhu... masa ni baru terasa betapa nikmatnya kurniaan mata kepada kita....
dalam tempoh ni juga Irma dah jalani 2 kali rawatan membuang selaput mata....dan mengambil suntikan radang mata.

kesemua ubat-ubat ni masih perlu Irma teruskan hingga rawatan susulan minggu hadapan. 5 jenis ubat titis dalam mata dan 3 jenis ubat makan.

Alhamdulillah mata Irma semakin ok. cuma pandangan masih belum jelas sepenuhnya. Menurut Doktor ia mengambil masa 6 minggu untuk pemglihatan pulih sepenuhnya.

ps:
Kepada sesiapa yang mencari doktor pakar mata area bangi, putrajaya. Irma cadangkan ke Klinik Mesra Bangi (Pusat Pakar mata) di Seksyen 4. Doktornya adalah yang terbaik kos rawatan pun berpatutan.

setakat ini dulu.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnag