Get Widget
Kisah Dina & Hazim: Danial & Mira :Semoga Berkekalan.

Mar 15, 2011

Danial & Mira :Semoga Berkekalan.

Sambungan dari entry yang lepas. Ni lah hasil jari jemari kaku ku menari. melipat-lipat kain .menyusun bunga untuk dijadikan hantaran kepada pihak perempuan. 7 Dulang Kesemuanya.  

Dari kiri :Telekung, hand bag, Toileteries dan Mas kawin.

Dari Kanan: Sirih junjung. Baju dan kuih Tat nenas.

Sirih junjung merupakan hantaran terakhir yang berjaya disiapkan. Alhamdulillah menjadi juga walaupun tak berapa cantik. Hampir pukul 12 mlm baru siap. Dina dan Hazim pun dah tertidur. So malam tu Kami tidur di rumah Wak Jo. Hahaha..... punyer lah pemalas nak balik tidur kat rumah sendiri bukan jauh sangat pun sebelah blok jer..... alasannyer kesian kat budak2 terganggu pulak tidur dia orang. so kesesokkan pagi nyer baru balik rumah...

Sebelah petangnya, kami hantar rombongan pengantin ke Masjid area Taman desa Baiduri,Cheras. sorry terlupa pulak apa nama Masjid  tu. Majlis akad Nikah berlangsung selepas solat Asar.


Aksi Hazim apabila masuk jer dalam Masjid,
Alhamdulillah, sejuk perut mama.

Tahniah, kalian dah selamat menjadi suami isteri
semoga ikatan yang dibina Berkekalan.

Majlis Persandingan pula di adakan pada keesokkan harinya di Dewan Maktab Polis, Cheras. dengan penuh adat istiadat.

^
^
^
^
Terakhir sekali mestilah Dina dan Hazim bersama Sarah (sepupu)

Malam ni, Irma akan terus bertolak ke Parit Buntar. untuk majlis Sambut Menantu dan Akikah Hazim. So kepada kawan-kawan jemputlah datang yer ke rumah kami di Taman Kerian, parit Buntar pada hari Khamis (17 mac 2011)  ni yer.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnag