Get Widget
Kisah Dina & Hazim: March 2011

Mar 29, 2011

Share Your Colour Pixels


kepada semua kawan-kawan please support this campaign.

organized by :




(Clik imej for the link)



caranya mudah jer.....
click  LIKE dan jangan lupa share your pixels.


Thanks.


Mar 28, 2011

Birthday : Happy 4th Birthday Dina.

Happy Birthday Dina....
Semoga menjadi anak yang soleh dan semoga anak anak mama berjaya
Doa mama sentiasa mengiringi Dina.... mama sayang Dina.

Diam tak diam dah 4 tahun dah usia Dina.
Lagi 2 tahun Dina akan masuk darjah satu. Terasa cepat sangat masa berlalu.... rindu rasanya mama nak gomol dan cium Dina macam selalu.

Sekarang ni Dina dah banyak cakap dan pandai sangat menjawab. Pantang mama marah ada jer jawapan tau. ikut perangai siapa ni?????? haisk...

Dina sekarang dah besar. so kene rajin tolong mama jaga adik tau....
sebab Dina kan Kakak....
(mama dulu sangat sedih setiap kali nenek cakap perkataan ni kat mama) sebab mama tahu sebagai kakak kene selalu mengalah dengan adik dan kene selalu tolong nenek mama juga kene tunjukkan contoh yang baik pada adik-adik, macam tu juga dengan Dina tau.....tanggung jawab sebagai kakak ni besar yer sayang.

Sambutan birthday Dina kali ni Irma buat simple jer just masak mee bandung dan dan beli cake. cukuplah untuk kami sekeluarga, Wak Jo dan Mama Lin.


punyer lah semangat tiup lilin sampai menyembur air liur.

potong kek time.....,

Bila dah kenyang makan, Dina tolong packing coklat untuk diberikan pada kawan-kawan kat taska.
buat tak banyak pun dalam 40 packs. 35 untuk taska Dina dan 5 untuk rumah makcik (pengasuh Hazim)

packing coklat n mini cake for her school friends.

pada sebelah petang tu baru kami keluar belikan hadiah untuk Dina dan makan-makan untuk kali kedua nyer....

ni apa kes posing dengan swiming sut....?
sebenarnyer swiming sut tu hadiah daripada mama (adilkan belu hadiah kat Dina, hazim pun dapat sekali) dan box yg besar tu daripada Wak Jo.
terima kasih wak...

berkerjasama buka hadiah bersama Hazim...

posing bersama hadiah-hadiah
swimming sut dari mama
Hadiah yang besar tu daripada Wak Jo
dan
blouse dari Mama Lin

play time... masa ni dah pukul dekat pukul 12.00 malam tak tido lagi...
pukul berapa kamu semua nak tido yer...?

Mar 22, 2011

cubaan update via android

Saje cuba-cuba
Published with Blogger-droid v1.6.7

Mar 15, 2011

Danial & Mira :Semoga Berkekalan.

Sambungan dari entry yang lepas. Ni lah hasil jari jemari kaku ku menari. melipat-lipat kain .menyusun bunga untuk dijadikan hantaran kepada pihak perempuan. 7 Dulang Kesemuanya.  

Dari kiri :Telekung, hand bag, Toileteries dan Mas kawin.

Dari Kanan: Sirih junjung. Baju dan kuih Tat nenas.

Sirih junjung merupakan hantaran terakhir yang berjaya disiapkan. Alhamdulillah menjadi juga walaupun tak berapa cantik. Hampir pukul 12 mlm baru siap. Dina dan Hazim pun dah tertidur. So malam tu Kami tidur di rumah Wak Jo. Hahaha..... punyer lah pemalas nak balik tidur kat rumah sendiri bukan jauh sangat pun sebelah blok jer..... alasannyer kesian kat budak2 terganggu pulak tidur dia orang. so kesesokkan pagi nyer baru balik rumah...

Sebelah petangnya, kami hantar rombongan pengantin ke Masjid area Taman desa Baiduri,Cheras. sorry terlupa pulak apa nama Masjid  tu. Majlis akad Nikah berlangsung selepas solat Asar.


Aksi Hazim apabila masuk jer dalam Masjid,
Alhamdulillah, sejuk perut mama.

Tahniah, kalian dah selamat menjadi suami isteri
semoga ikatan yang dibina Berkekalan.

Majlis Persandingan pula di adakan pada keesokkan harinya di Dewan Maktab Polis, Cheras. dengan penuh adat istiadat.

^
^
^
^
Terakhir sekali mestilah Dina dan Hazim bersama Sarah (sepupu)

Malam ni, Irma akan terus bertolak ke Parit Buntar. untuk majlis Sambut Menantu dan Akikah Hazim. So kepada kawan-kawan jemputlah datang yer ke rumah kami di Taman Kerian, parit Buntar pada hari Khamis (17 mac 2011)  ni yer.

Mar 9, 2011

Berjaya Founder's Day (photos)


Dah seminggu event berlalu, baru sekarang sempat nak upload gambar. biasalah lazy busy mama, sibuk mengurus anak sakit secara bergilir-gilir. Alhamdulillah sekarang ni Dina dan Hazim dah semakin sihat cume tinggal batuk-batuk manja jer,  sorry lah tak ada cerita just gambar jer but remember 'A picture Tells A Thousand Words'.

semua 28 Cahrities yang terlibat. 






Booth CLAPAM.


Penyerahan cenderahati kepada Tan Sri Vincent Tan oleh pengerusi CLAPAM.
Rasanya satu Malaysia tahu Tan Sri Vincent Tan ni termasuk dlm senarai Individu terkaya di Malaysia.


Antara Booth yang sempat di jelajahi:


Booth National Stroke Association Malaysia (NASAM)

Booth National Autism Society of Malaysia

Booth Breast Cancer Welfare Association. Betul-betul sebelah Booth CLAPAM.
Kami berjiran...hehe....


Booth Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia (PERNIM)

Budak 'encem' yang kerap berlari ke FOS sebab ada kereta merah ni.
siap request bergambar lagi.

Keadaan Diluar Bangunan sangat ramai orang....huhu nak bergerak pun susah.


Mar 7, 2011

Danial & Mira: Pre Wedding


Kami (Irma, Mama Lin dan Wak Jo) sedang dalam proses membuat persiapan untuk Majlis Danial dan Mira. Sekarang ni dalam fasa mengubah hantaran. Disebabkan Wak Jo patah tangan akibat terjatuh di ofic dua minggu lepas, so untuk hantaran kepada pihak perempuan Irma dan Mama Lin yang kene settle kan.

Ops.... tapi bukan idea kami sepenuhnyer okey..... masih dipantau oleh Wak Jo tetapi tangan dan jari jemari kaku kami yang mengerakkan dari mencucuk bunga, melipat duit hantaran dan penyusun barang-barang hantaran. so nak tahu macam mana rupa hantaran sepenuhnyer tunggu Irma upload gambar-gambar nyer nanti. Tak boleh upload sekarang sebab tak suprise lah kan kalau pihak perempuan dah tengok.
so tungguuuuu..............
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnag