Apr 27, 2010
Tragedi April....
Apr 13, 2010
AGM CLAPAM
Kaunter Jualan Cenderahati & Peralatan Penyusuan terletak disebelah kanan pintu masuk bagi sesiapa yang berminat untuk membeli cenderahati atau botol softplas.
---------------------------------------@----------------------------------------
Suasana Dalam Dewan
AGM dimulakan dengan ucapan pembukaan dan kata-kata aluan daripada En. Zainal Azhar Ahmad, Pengerusi CLAPAM. Seterusnya pembentangan akaun tahun 2009.
Ahli khusus mendengar pembentangan akuan 2009.
Dr. Kim Tan memberi penerangan ringkas berkenaan 'Miri Project' bagi membantu golongan Cleft di kawasan sarawak.(dari kiri:Dr. Nadiah, Dr. Mergeret. And Dr. Kim Tan) maaf jika terdapat kesilapan nama.
Bagi menjawab sebarang persoalan yang timbul berkenaan Cleft.
Tea BreakApr 12, 2010
Happy Belated Birthday Dina
Semalam, sekali lagi kami celebrate birthday Dina Kali ni hanya kami sekeluarga disertai oleh Wak Jo,Mak Lin dan Uncle Bullis. Sebenarnya kami dah celebrate birthday Dina serentak dengan Majlis Tahlil yang lepas Tapi biasalah budak-budak.
Selagi tak ada cake dan tiub lilin tak dinamakan celebrate birthday. Kebetulan pula, Wak Jo belikan Balloon masa beli bahan buat cake kat Yummies so bertambah meriahlah budak-budak ni.
Tuip lilin dengan penuh perasaanApr 10, 2010
Mesyuarat Agung 2010
Semua ahli dijemput hadir. Jumpa di sana.
Apr 7, 2010
Ultraman Fire!!!! (Specium Ray)
Apr 2, 2010
Bronkitis
- Bronkitis Akut (berakhir dalam masa 3 hari hingga 3 minggu)Kanak-kanak seringkali mendapat jangkitan Bronkitis Akut.
- Bronkitis Kronik (boleh berakhir sehingga 3 bulan dan menyerang semula untuk selama 2 tahun atau lebih).
- Dapatkan rehat di tempat tidur secukupnya.
- Minum lebih banyak air (tingkatkan pengambilan cecair sebanyak 8-10 gelas sehari) untuk mengelakkan dehidrasi dan mencairkan rembesan dalam paru-paru.
- Dapatkan pertolongan seseorang untuk mengurut otot dada dan belakang anda. Ini akan membantu mengendurkan otot-otot tersebut menjadikan anda terasa lebih selesa
- Mencadangkan ubat yang dikenali sebagai bronkodilator untuk merawat bronkitis anda. Ubat ini akan membuka saluran udara di dalam paru-paru dan memudahkan anda bernafas.
- Mencadangkan prosedur penyaliran postur secara berkala (berbaring dengan kepala lebih rendah daripada dada) untuk mempercepatkan pengeluaran kahak.
- Menjalani program senaman dikenali sebagai program pemulihan pulmonari untuk membantu memulihkan pernafasan (pemulihan pulmonari akan dikendalikan oleh jurupulih anggota) Ubat-ubatan yang mungkin disyorkan ialah:
- Ubat antipiretik-analgesik yang ringan untuk melegakan sakit otot dan demam, seperti aspirin, parasetamol (elakkan dari memberi aspirin kepada kanak-kanak, biasanya diberi parasetamol).
- Ubat menghentikan batuk untuk melegakan batuk-batuk yang sering mengganggukan.
- Ubat batuk untuk mengeluarkan kahak.