Get Widget
Kisah Dina & Hazim

Oct 1, 2009

Syawal 2009.

Salam syawal semua,
Syawal kali ni kami sambut kat Tenggaroh 5, (cian my hubby) perancangan awal dan mengikut giliran yang sepatut-patutnya kami sambut di Parit buntar, perak. Tapi disebabkan maid irma cuti awal sebulan terpaksalah 2 orang budak comel ni irma anta balik kg.jadi sepanjang ramadhan kami hanya berdua je .... sedih kan...kan.....
memandangkan 2 orang budak comel ni dah kat tenggaroh so kami ambil keputusan utk beraya di Tenggaroh je....
Tema tahun ni Hijau ye....
My little Hero 'Akmal Hazim
My Beautiful Prencess "saidatul Irdina'
p/s : Sorry Abg tahun ni beraya kat kampung sayang lagi . Tahun depan kite raya kat kampung abg pulak ye...

Jun 11, 2009

Hilangnya Sebutir Permata

Pada pagi 11 Jun, dalam pukul 4.00 pg tido kami terganggu dengan sebuah panggilan telefon dari 'wak Jo' (panggilan Dina & Hazim untuk pakcik mereka),memaklumkan anak sedara kami yang belajar di Mesir telah kembali ke Rahmatullah akibat kemalangan.'Innalillah'. Betul ke berita yang kami terima ni???? rasanya baru je kami bercerita tentang arwah dan berharap agar Dina & Hazim mengikut jejak langkah seperti Arwah. Hubby dan 'Wak Jo' terus bersiap untuk ke Wisma Putra bagi mendapatkan pengesahan dan makluman lebih lanjut. Malangnya mereka tiba terlalu awal dan pejabat belum dibuka lagi.Bagi mendapatkan berita dan perkembangan selanjutnya Mr. Hubby cuba 'search' pada google dan ini antara blog pertama yang kami perolehi http://bkpppm.blogspot.com. Dengan apa yang tercatat dalam blog tersebut sah lah mangsa yang meninggal dalam kemalangan tersebut adalah "Ammar ", anak kepada Abg Zul Dan Kak Timah,Jam 7.30 pagi hubby dan Wak Jo ke JPA yg menaja pengajian perubatan Ammar untuk mendapatkan pengesahan rasmi dan menguruskan membawa balik jenazah Ke Malaysia.Pada keesokkan harinay baru kami bertolak balik ke Penang, itu pun setelah mendapat pengesahan wisma Putra bahawa jenazah Ammar Akan tiba pada hari Ahad (13/6/2009) jam 10.00 mlm di KLIA. Wak Jo tidak pulang bersama kami kerana beliau akan mengiringi jenazah ke Bertam Indah. Alhamdulillah semua urusan menguruskan jenazah berjalan lancar dan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Wisma Putra,JPA,Jawi dan Pihak Mas Kargo. Pemergian Ammar juga mendapat liputan meluas daripada pihak media cetak dan elektronik. Hampir semua media melaporkan berita kematian dan urusan pengebumian tersebut. Sesungguhnya pemergian ammar meninggalkan kesan yang mendalam kepada kami kerana dia merupakan model yang terbaik untuk Dina dan Hazim.Insy'Allah kami akan berusaha mendidik hazim dan dina sebagaimana Kak Timah dan Abang Zul mendidik Ammar hingga ke tahap ini. p/s: klu nak tahu lebih lanjut dan mengenali Arwah dengan lebih dekat lagi layari blog Kalam Puncak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnag