Get Widget
Kisah Dina & Hazim

Nov 24, 2011

Unifi

Alhamdulillah..... pemasangan unifi telah pun selesai
so lepas ni kami boleh berinternet sampai mata lebam...
dan  tak perlu berebut broadband dengan hubby...
Okey Irma share sikit pasal pemasangan unifi ni....

Irma daftar unifi ni tru on-line jer.... lebih kurang sebulan lepas tu dapat call dari TM
untuk comfirmation pemasangan unifi.... kalau nak cepat boleh daftar kat mana-mana booth Unifi.

selepas buat comfirmation.... TM maklumkan pemasangan hanya boleh dibuat dlm tempoh 3 minggu dari sekarang.dan pihak  TM akan minta sediakan extention wayar 4 port untuk letak peralatan mereka yg macam ni kat bawah ni.

Ni serba ringkas fungsi setiap device ....

1 - set top box ni sama macam decoder astro uolls akan dapat remote control sekali.
2- gateway  yg ni  utk kawal akses ke internet ada juga orang panggil router.
3- terminator unit yang ni fungsi nyer macam modem semua alat no  1,2 dan 4 akan sambung ke sini.
4- telefon yang ni kalau tak tahu fungis memang nak kene cuti tau.


selain tu mereka akan selalu sms remind yang unifi akan dipasang dirumah pada tarikh yang telah ditetapkan hinggalah tiba hari pemasangan.so jangan rasa hairan pulak apabila kerap dapat sms dari TM.  Masa pemasangan bergantung pada keadaan rumah masing yer..disebab rumah Irma jenis apartment dan tak perlukan sebarang wiring semula so masa yang diambil untuk pemasangan termasuk configure tu lebih kurang 1 jam jer.

lagi satu perkara yang uolls perlu tahu kalau uolls tukar tarikh pemasangan unifi ke satu tarikh lain uolls kene bayar RM200. sama juga penggunaan kable melebihi had yang telah ditetapkan mereka akan caj.

Dari segi nak compare HyppTV dengan Astro memang jauh panggang dari api lah sebab rancangan astro lagi best-best tetapi dengan HyppTV ni uolls boleh lah tengok rancangan tv tahun 90an seperti majalah 3 tahun 1994, melody tahun 1991. 

Bab speed internet memang laju gila....seronok layan movie haha
untuk anak-anak mereka boleh layan youtube direct dari tv dan mereka jugak boleh bermain online education game. memang sangat menarik.

ok...sekian untuk hari ni

pssst.. Irma tidak dibayar untuk promote unifi sekadar suka-suka berkongsi pengalaman.

Nov 23, 2011

Wordless Wednesday #6

Bermain bersama upin dan ipin

Published with Blogger-droid v1.7.4

Nov 10, 2011

"Mama Gigi Adik Patah"

Salam Aidil Adha uolls,
macam mana sambutan Aidil Adha ?


Irma tak masuk bahagian korban pun tahun ni...
cuma dapat daging korban jer..hehe
Syukur .....Alhamdulillah,

Sebelum ni ramai yang tertanya tanya
perkembangan / pertumbuhan gigi Hazim
sebab kebanyakkan kes cleft akan mengalami masalah pertumbuhan gigi
semuanya bergantung atas keadaan klef tu sendiri bagaimana

Alhamdulillah,
Gigi Hazim tumbuh jugak dibahagian klef tu cuma
tak berapa cantik..
disebabkan gusi Hazim senget so gigi dia pun ikut senget jugak
sebelum ni Hazim tak pernah perasan pun yang gigi dia tu senget
sanpai lah satu hari tu apabila dia gigit pisang menggunakan bahagian yang klef tu 
dan pisang tu tak putus langsung
masa ni barulah dia perasan yg gigi dia tak sempurna.

Hazim : Mama, gigi adik patah
Mama: yer ker...sini mama tengok
Hazim : ni..... (sambil tunjuk kat gusi yg cleft )
Mama : ni bukan patah tapi gigi adik kecik lagi..
Hazim : kecik ker? kecik ker mama ? (tanya berulang-ulang)
Mama : iyer lah... gigi adik kecik nanti klu adik besar gigi adik pun ikut lah besar

sampai sekarang hazim percaya cakap Irma yang gigi dia akan membesar
tak tahu lagi macam mana Irma nak explain pada hazim berkenaan gigi dia
mungkin tunggu Hazim umur 4 tahun kot, masa tu mungkin Hazim dah faham.

Berdasarkan apa yang Irma bernbincang dengan doktor..
Hazim akan menjalani pembedahan untuk membetulkan pertumbuhan gigi dia seawal 9 tahun.
Itu semua bergantung kepada perkembangan fizikal Hazim

Mama janji mama akan berusaha untuk Hazim kelihatan sempurna

nak tahu lebih lanjut jadual pembedahan yang bakal hazim jalani
boleh rujuk sini 


macam ni lah bentuk gusi dan perkembangan gigi Hazim.

** Biar fizikal kita tidak sempurna yang penting hati dan akal kita sempurna.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnag