Get Widget
Kisah Dina & Hazim

Jan 9, 2011

2nd: happy Birthday Hazim



Happy Birthday Hazim,
wah...! Hero mama dah BESAR
bukan baby lagi...
lepas ni mama kene layan Hazim sama macam kakak Dina
no more manja-manja and no more nangis2 Okeh,
so sape nakal kene rotan denda up-down
hehehe...

semoga anak mama menjadi anak yang soleh,
mama saaaaayang Hazim,



pss....psss........ sila abaikan background (bersepah-sepah) kat belakang tu yer, tinggal kami berdua jer dirumah. Kakak Dina ikut Wak balik Parit Buntar dan abah Outstation kat Kubang Pasu. dan Irma busy study untuk paper next week.

Jan 6, 2011

Last Review

Semalam merupakan kali terakhir Hazim ada review Clinik Plastik di hospital Serdang. Selepas ni semua review plastik akan dibuat dia HKL. Ini apa yang telah dimaklumkan oleh kakitangan kat hospital Serdanglah. Kalau Irma tersalah Info sila maklumkan yer.... Tapi untuk klinik ENT dan Klinik Paedratic masih lagi di Hospital serdang. So..ini bukanlah kali terakhir kami akan menjejakkan kaki disini. Sebab Hazim masih lagi ada follow up untuk kedua-dua klinik ni.

Parents semua, jangan ingat bila anak dah selesai menjalani operation bibir dan lelangit maka selesaikan semuanya. Sebenarnya untuk anak klef macam Hazim banyak lagi follow up yang perlu dijalani seperti ujian pendengar, pertuturan dan memantau perkembangan fizikal mereka.


 Budak yang sangat aktif, memang susah sangat nak duduk diam.


Muka protes apabila Abah suruh stop bermain.

Berpeluang bertemu dengan Baby Ummu.
Baby ummu ni salah seorang pembaca blog MamaDinaHazim tau...
hahaha... statement  tak tahan, macam baby ummu ni pandai membaca jer...
parents dialah...

Hah, baru clear muka baby Ummu,
baby ni tersangatlah aktif nak dapatkan gambar yang clear memang susah.


Ni lah Dr Choeng,

Doktor yang menjalankan operation bibir Hazim masa usia Hazim 3 bulan,Selepas ni Dr. Cheong dah tak berkhidmat di sini. Beliau akan berkhidmat di Hospital Pantai.so sesiapa yang memerlukan khidmat Dr Dheong bolehlah berjumpa beliau di Hospital Pantai.Kami juga akan mengikut beliau ke Hospital Pantai.  

So  untuk entry klinik plastik seterusnya adalah dari Hospital Pantai.

Pinjam Basikal Kakak

Lama  sangat dah rasanya tak menjegah ke sini. Rasanya ramai rindu nak baca cerita Hazim kan. 
ops...!!!  ayat up diri sendiri jer kan....(abaikan jer ok!)
sorry lah yer, sejak bertambah tittle ni memang jadual padat sangat-sangat nak manja-manjakan diri pun dah tak sempat. (nanti irma cerita apa yang membuatkan Irma busy sangat) ;)

sekarang ni Irma cerita perkembangan Hazim yang sangat-sangat aktif sampaikan kadang2 tu rasa macam nak gigit jer.
setiap kali balik darri rumah Mak Cik ni lah aktiviti hazim.... berebut basikal dengan kakak. dan tiap-tiap hari jugalah Irma terpaksa pujuk Kakak Dina untuk mengalah. 
Adat petaruhan yang kuat selalu menang dan yang lemah akan terus ditindas.

Pememangnya pastilah budak yang tengah mengayuh basikal tu.......

Hazim !!!!!! jangan langgar pasu bunga mama.


Rasa diri dah besar yer...sebab boleh naik basikal kakak Dina.

Dan bagi memujuk Kakak Dina dari terus menagis terpaksalah bagi dia main game dari phone mama.
Itu pun kene sorok-sorok, kalau  Hazim nampak berebut lagi lah jawabnya. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnag