Get Widget
Kisah Dina & Hazim

Jan 6, 2011

Pinjam Basikal Kakak

Lama  sangat dah rasanya tak menjegah ke sini. Rasanya ramai rindu nak baca cerita Hazim kan. 
ops...!!!  ayat up diri sendiri jer kan....(abaikan jer ok!)
sorry lah yer, sejak bertambah tittle ni memang jadual padat sangat-sangat nak manja-manjakan diri pun dah tak sempat. (nanti irma cerita apa yang membuatkan Irma busy sangat) ;)

sekarang ni Irma cerita perkembangan Hazim yang sangat-sangat aktif sampaikan kadang2 tu rasa macam nak gigit jer.
setiap kali balik darri rumah Mak Cik ni lah aktiviti hazim.... berebut basikal dengan kakak. dan tiap-tiap hari jugalah Irma terpaksa pujuk Kakak Dina untuk mengalah. 
Adat petaruhan yang kuat selalu menang dan yang lemah akan terus ditindas.

Pememangnya pastilah budak yang tengah mengayuh basikal tu.......

Hazim !!!!!! jangan langgar pasu bunga mama.


Rasa diri dah besar yer...sebab boleh naik basikal kakak Dina.

Dan bagi memujuk Kakak Dina dari terus menagis terpaksalah bagi dia main game dari phone mama.
Itu pun kene sorok-sorok, kalau  Hazim nampak berebut lagi lah jawabnya. 

Dec 7, 2010

ING: Hadiah Kemenangan

Entry sebelun ni Irma ada cerita tentang gambar Hazim dapat 1st Prize Smiles Contest.Semalam kebetulan Irma cuti menjaga Hazim sebab Pengasuh Hazim balik kampung. Jadi irma ambil kesempatan ni untuk settlekan semua urusan tertangguh.
first, pagi tu Hazim ada appointment kat klinik pastu settlekan urusan bank. Celcom broadband dan disebabkan banyak lagi urusan di KL. Irma setkan sekali appoinment jumpa Elayne untuk ambil hadiah kemenangan hazim.
Sepatutnya appointment Irma dengan Elayne pada pukul 3.30 petang tetapi disebabkan irma tak terbaca email terakhir Elayne.so kami tersampai awal sejam di Leo Burnett,KL daripada masa yang dijanjikan.jadi kami perlu menunggu jugak lah untuk Elayne setting tempat photoshoot.
Ni sebahagian gambar yang sempat Irma snap.

Photoshoot tp gambar ni guna kamera sendiri.

Me n Elayne

Me,Hazim n Elayne

My Samsung Galaxy tab.
so lepas ni, senanglah Irma nak update blog kan.
huh..memang ayat poyo jer.

Dec 6, 2010

Clapam:ART WORSHOP FOR CHILDREN & MEMBERS-GET-TOGETHER


Event kali ni diadakana di DASEIN Adcademy of Art..
Wangsa Maju. Kuala Lumpur.

My little Hero. Januari ni genap usia hazim 2 tahun.
What for the next step ????

Melayan Hazim breakfast with Milo, bee hoon dan sandwich.

kaunter Pendaftaran.

Semua peserta akan berikan tag semasa mendaftar dan kanak-kakak yang akan menyertai Clay Workshop akan diberikan T-Shirt.  
Perasan tak koleksi botol MAM terbaru. Cantikkan konbinasi warna tu. Tekture botol tu lembut sama seperti botol sebelum ni, dan kalau nak tahu botol ni tiada lagi dalam pasaran di Malaysia ni buat masa ni.
so sesiapa yang telah cuba menggunakan botol MAM ni sangat dialu-alukan untuk memberikan komen tentang botol ni.  

Koleksi Botol MAM terbaru.

ketibaan
 Dato' Dr. Nirmala Menon
President & CEO of ING Insurance Berhad 
 bagi majlis perasmian
Antara aktiviti yang diadakan

painting the Lion Coins.

Sebahagian Kanak-kanak mengambil bahagian dalam aktiviti mengecat Tabung Singa.
selepas tu sesi origami pulak....
watching movie....


Clay aktiviti untuk kanak-kanak berusia 5 tahun keatas.
Lihat hasil kerja mereka sangat cantik kan dan kreatif.

sementara anak-anak happy dengan aktiviti mereka. Ibu bapa berpeluang berbincang bersama dengan panel jemputan.
Panel jemputan dari kiri : Dr. Zaleha,Dr Ana, Dr Nor Zakiah dan Dr Wan azman.

Irma hanya berpeluang menyertai seminar setengah jam sebelum tamat.  itu pun selepas kakak Dina tak minta ditemankan sepanjang aktiviti dlm Fun Art Class.
Ibu bapa berbincang dengan sesama mereka dan ada juga yang tidak melepaskan peluang berbincang bersama pakar-pakar jemputan CLAPAM..

Terima kasih juga kepada reader dan follower yang sudi berkenalan kpd Irma.  salam perkenalan dari Irma untuk kalian. semoga selepas ini hubungan ukwah antara kita terus berkekalan. Maaf sebab takdapat berbual panjang dengan kalian.
Memang tak sangka ramai yang mengikuti blog Mama Dina&Hazim. Ini membuatkan Irma bersemangat untuk terus menulis pengalaman-pengalaman Irma menangani hazim.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnag