Get Widget
Kisah Dina & Hazim

Nov 16, 2009

Awani Pagi Talkshow

Pagi tadi kami ada jemputan Awani Pagi Talkshow kat Bursa Exchange Square Annexe Building , Bukit Kewangan, KL. Mewakili Persatuan Klef Bibir dan Lelangit Malaysia (CLAPAM) bersama pengerusi CLAPAM En. Zainal dan Pn. Zuraini setiausaha CLAPAM. Kami kuar rumah lebih kurang 6.50 pagi terus ke Studia Astro. Slot CLAPAM bermula pada pukul 8.30 pagi. so kami kene ada kat sana selewat2nya pukul 8.00 pagi.
Dalam bilik menunggu sebelum slot CLAPAM bermula.
Hazim dengan Pengerusi Clapam (En.Zainal) dan Setiausaha Clapam (Pn. Zuraini)
Dalam studio Astro Awani selepas selesai Inverview.
Dalam interview ni, Azean bertanya perasaan pengalaman/penjagaan anak klef.

Nov 8, 2009

pembedahan lelangit

Operation kedua Hazim untuk mencantumkan soft palate telah pun selesai pada 23 Otk 2009. Syukur Alhamdulillah, operation kali ni pun dilakukan pada hari Jumaat sama seperti operation pertama dan hari kelahiran Hazim. Masa ni usia Hazim 9 bulan 14 hari. Macam biasa Hazim perlu datang awal sehari ke hospital sebab pada hari ni lah doktor akan datang melawat Hazim untuk pastikan Hazim betul-betul sihat dan tidah mengalami sebarang masalah.
emp.... Hazim kene puasa lagi lah, bermula malam ni sebab operation akan dijalankan seawal pukul 8.00 pagi. Oleh kerana doktor dah berpesan supaya Hazim berpuasa bermula pukul 4.00 pagi.Sepanjang malam Irma berjaga bagi memastikan Hazim mendapat susu dan makanan yang secukupnya . Alhamdulillah, kali ni Hazim tak menangis kelaparan lagi. Malah dia mampu tersenyum dan bermain seperti biasa.
Operation kali ni dilakukan oleh Doktor Woo, (doktor HKL) sebab Doktor Liaw tengah bercuti sambung belajar. Lihatlah wajah ceria Hazim sepanjang ditolak ke OT. Semoga anak mama tabah dan kuat OK. Mama sentiasa doakan Hazim.
Operation kali ni, Hazim mengalami sedikit komplikasi kerana dia tidak boleh bernafas sendiri apabila saluran oksigen dibuka. Doktor mengambil keputusan supaya Hazim tinggal di ICU dalam tempoh 24 jam selepas operation bagi memastikan keadaan Hazim betul-betul stabil.
Hanya Allah je yang tahu perasaan Ima masa tu. Irma tak putus-putus berdoa supaya Hazim stabil. Tak sanggup rasanya menerima sebarang kemungkinan.
Ya Allah, Kau berikanlah kekuatan kepada anakku supaya dia tabah dan kuat menghadapi ujian Mu. Setelah Kau memilih hambamu yang lemah ini untuk menerima ujianMu. Maka Kau permudahkanlah segala urusan hamba Mu bagi melihat anakku sempurna seperti kanak-kanak lain. Hanya Ini pintaku.
Keadaan Hazim sekmakin stabil sehari selepas operation, tapi masih memerlukan bantuan Oksigen untuk bernafas. Masa ni, Hazim dah berada di wad biasa. Kali ni agak lama Hazim berada di Hospital iaitu selama 7 hari berbanding masa operation bibir cuma 4 hari je.
Ni lah pertama kali dalam hidup, Irma sambut birthday ke 27 di Hospital. Tapi tak pe, demi anak mama. Mama sanggup berkorban apa saje asalkan anak mama sempurna. Mama sayang Hazim... semoga hazim menjadi anak yang baik dan soleh.

Oct 1, 2009

Syawal 2009.

Salam syawal semua,
Syawal kali ni kami sambut kat Tenggaroh 5, (cian my hubby) perancangan awal dan mengikut giliran yang sepatut-patutnya kami sambut di Parit buntar, perak. Tapi disebabkan maid irma cuti awal sebulan terpaksalah 2 orang budak comel ni irma anta balik kg.jadi sepanjang ramadhan kami hanya berdua je .... sedih kan...kan.....
memandangkan 2 orang budak comel ni dah kat tenggaroh so kami ambil keputusan utk beraya di Tenggaroh je....
Tema tahun ni Hijau ye....
My little Hero 'Akmal Hazim
My Beautiful Prencess "saidatul Irdina'
p/s : Sorry Abg tahun ni beraya kat kampung sayang lagi . Tahun depan kite raya kat kampung abg pulak ye...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnag