Get Widget
Kisah Dina & Hazim: October 2011

Oct 10, 2011

Cerita Hari ni,

Pagi tadi semasa dalam perjalanan ke Kafetaria untuk membeli sarapan
terpandang seorang perempuan yang agak berusia memegang sebatang tongkat empat kaki.
didadanya terlihat tanda nama,
Oh, kakitangan kerajaan rupanya...
Lalu terus terbayang adakah begini keadaan diriku apabila telah menginjak ke Usia 60 tahun
masih menghabiskan sisa-sisa hidup di ofic.

Oct 7, 2011

Mereka Teruja

Sejak En. Hubby berada di London baru semalam Dina dan Hazim dapat berbual mesra dengan Abah mereka sambil tengok muka abah mereka yg handsome tu. Mereka sangat teruja okey,

Asalnya kami bercadang bervideo call melalui Skype jer... tapi tak tahulah kenapa apabila sampai di London kami tak dapat bervideo call  hanya boleh bercakap tanpa melihat wajah....

kesian kat budak-budak ni so we decided guna Tengo pulak....

Alhamdulillah, dengan menggunakan Tengo kami boleh bervideo call cuma yang tak bestnya terlalu banyak noise yang menyebabkan prebualan tak clear berbanding Skype.

Tak apa lah, sekurang-kurangnya mereka dapat melihat wajah orang yang dirindui.....itu yang penting.

Tambahan pulak En. Hubby rajin membuat video kedaan disana seolah2 kami sama-sama berada di sana. Jadikan lah tak dapat pergi ke London dapat tengok dari jauh jadilah....

Nanti kalau ada rezeki, Insya Allah akan sampai kesana jugak.... (ayat mengubat hati sebab kene tinggal) huhu...

Ada jugak En.Hubby ajak Irma pergi ke sana, tapi tak sanggup nak tinggalkan budak-budak tu dengan bibik jer.... tambahan pulak kalau Irma ikut En. Hubby ke sana Irma kene ponteng class.... hoho lagi lah tak sanggup.... so lebih baik Irma stay kat sini kan...kan...







oh.. yer bagi sesiapa yang bertanya, En. Hubby menggunakan Galaxy Tab di sana dan kami menggunakan pc atau phone di sini.

sekian utk hari ini, bye....

Oct 5, 2011

Wordless Wednesday # 5

Selamat Jalan Sayang.......
Jangan lupa ole-ole untuk kami yer...

Oct 4, 2011

CLAPAM : (Gambar) Forum Awam Klef PPUKM 2011

Salam,

Baru berkesempatan upload gambar sekitar Forum Awam Klef PPUM 2011 yang diadakan pada 1 Oktober 2011 (sabtu). Anjuran bersama CLAPAM dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. dengan tajaan ExonMobile. yang wajib kami hadiri tiap-tiap tahun.

Mula-mula sampai kene mendaftar dengan 2 orang wanita anggun di bawah ni yer.... hiks,

Irma dan Kak Sharol
Posing sekejap sebelum memulakan tugas...

Kemudian mendaftar di kaunter ExonMobile untuk mendapatkn kupon makanan dan souvernier.


2 orang budak penyokong setia.

Harimau menghiburkan kanak-kanak sementara ibubapa menyertai forum.
Dina beritahu Irma Harimau ni baik sebab tak makan orang lepas tu dia bagi permainan dan ais-krim.






 Kanak-kanak sibuk dengan aktiviti masing-masing

 
Aktiviti mewarna untuk Kanak-kanak berusia bawah 7 tahun.



Kanak-kanak berumur 7 tahun keatas bermain musical chairs

Sekian,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnag