Get Widget
Kisah Dina & Hazim: April 2011

Apr 24, 2011

Ole-Ole utk Mama

Yeah. . . .
Dapat buat tangan dari en.hubby
upah kene tinggal 2 kali hujung minggu
thanks sayang. . . . ;-)
Published with Blogger-droid v1.6.7

lepaking @KLIA

Menunggu kepulangan en.hubby dr (Kota Bharu)
Makan + main = dina n hazim
rehat= mama
sangat penat jaga ini budak
Published with Blogger-droid v1.6.7

Apr 19, 2011

Single Parent diHujung Minggu

Pengalaman menjadi parent mama dihujung minggu memang sangat memenatkan. banyak peristiwa diluar jangkaan yang berlaku. En. Hubby outstation ke Alor Star dari khamis hingga Isnin So tinggal lah Irma, Hazim n Dina dirumah. first night kene tinggal tu... Dina mengingau cari Abah dia. siap terjerit2 lagi panggil nama Abah. hoho... memang kamu anak abah,

Hari kedua,... Irma kene tahan dengan Bapak Polisi semasa perjalanan balik dari Bangi. Huhu.... pertama kali kene tahan dengan Bapak Polisi ni, setelah hampir 7 tahun memandu. apalah lah malang sangat .....
haisk... time-time macam ni plak kene tahan.  kesalahan utama memandu laju dan tidak memakai tali pinggang kaledar.  Alasan polis tu bagi memandu laju tu macam tak boleh pakai jer sebab masa tu rasa-rasanya Irma memandu 60km/j jer... (masih tak mengaku okeh...) mungkin sebab kat kawasan tak berlampu jalan dan berselekoh tu yang polis tu kata memandu laju. rasanya perkataan yang sesuai sepatutnya memandu secara berbahaya. hoho masih ada hati nak betulkan ayat en.polis tu. memang tak sedar diri, yang bab tak pakai tali pinggang kaledar tu tak boleh nak buat apalah sebab terang-terang memang tak sempat nak tarik tali pinggang masa tu.... lepas sembang-sembang ngan polis tu cakap saya nak cepat en. sebab anak saya kat rumah dan minta maaf kat en. Polis  terus dia bagi lepas tapi kene pakai tali pinggang dulu depan dia. tak kisah lah yang penting tak kene saman. setakat amaran jer... terima kasih yer en. polis sebab tak saman saya. ;)

sampai kat rumah jer tengok2 ada peraturan baru yang pengasuh Hazim keluarkan. Ni mesti pengasuh tu bagi masa mama Lin ambil Hazim petang tadi. terus rasa nak marah jer... mentang-mentang lah dah ambil kursus taska terus demand macam-macam yer. adoi sakit kepala nak melayan.... apa lagi call en. Hubby cerita pasal peraturan baru tu... saje nak melepas rindu perasaan. hoho macam orang bercinta ok. hampir 2 jam sembang kat telefon.macam masa bercinta dulu-dulu. tapi kali ni bukan ucap kata-kata romantis lah lebih kepada perbincangan serius. dekat pukul 1 pagi baru tidur... kene tidur awal sebab esok tu Irma ada exam....

Hari sabtu lepas exam terus balik rumah.... jenguk Dina n Hazim sekejap tengok-tengok bilik permainan tonggang-langgang dengan barang2 dua beradik ni. apa lagi just tutup jer pintu bilik tu.... set dalam kepala esok baru kemas. hohoho... sebab sebelah petang tu Irma akan keluar lagi sebab ada project discussion, ....almost pukul 6 jugak lah sampai rumah siap-siapkan Dina n Hazim terus pergi swimming sebab dah janji dengan dua beradik ni..... so dah janji kene lah tunaikan. Bila malam tu memang rasa penat sangat sampaikan tak tersedar Irma dan anak-anak dah lena depan tv.

Hari Ahad tu... apalagi operasi kemas rumah, basuh baju... dah bilik permainan dia orang. kerahan tenaga untuk dua beradik ni kemas semua permainan, flash card, pensil warna, lego dan segala macam mak nenek barang dua beradik ni. siap buat janji lagi siapa tolong mama kemas permainan petang nanti mama bawa makan ais-cream..... helah menjadi okeh... dua beradik ni menerima arahan ke sebab takut mama dia orang jadi singa. ;). KakaK dina mengemas bersungguh-sungguh, Hazim macam biasa tolong sepahkan lagi. Apalagi terjerit-jeritlah Dina sibuk report kat Irma yang Hazim tak tolong kemas.

so.. seperti yang dijanjikan petang tu bawak budak2 pergi alamanda makan ais-crean kat basket Robin, beli barang makan kat Carrefour. cuci-cuci mata sikit kat kedai-kedai baju tapi tak beli pun.... sebab bank bergerak tak ikut sekali. hehe dan seterusnya lepak kat playland sampai Maghrib.   

Hari Isnin, pengasuh Hazim cuti, so bawak hazim pergi Ofic sementara menunggu En. Hubby sampai daripada Alor Star. ni first time Hazim Ikut Irma pergi ofic. habis semua orang dikacau nyer.... memang tak boleh buat kerja. isk... mama gigit kamu nanti tau. Bila  en. hubby sampai terus bagi Hazim and Irma boleh buat kerja dengan selesa.

Hohoho.... ada 3 kali lagi En.Hubby akan outstation pada hujung minggu. so bermakna ada lagi 3 minggu yang Irma kene fikirkan aktiviti untuk budak-budak ni. so sayang jangan lupa beli ole-ole pada setiap destinasi yer... (Kelantan, langkawi dan Port Dickson.). and untuk Mama Lin ada lagi 3 minggu untuk menjadi bibik sementara okeh. hehe.....

Apr 1, 2011

Renovation Di Hari Jumaat.

Hai,
saya sedang melakukan beberapa pengubahsuaian rumah. harap kepada kawan-kawan yang akan memasuki rumah ni sila melangkah dengan berhati-hati yer takut terpijak paku atau tertimpa kayu.

Thanks,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnag