Get Widget
Kisah Dina & Hazim: August 2010

Aug 30, 2010

Ramadhan : Fadhilat 10 Malam Terakhir (Kemerdekaan Api Neraka)

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."


Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.


Sumber : http://www.darulnuman.com/semasa/tarawih.html

Aug 20, 2010

Ramadhan : Fadhilat 10 Malam Pertengahan (Pegampunan)

Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."



Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

sumber : http://www.darulnuman.com/semasa/tarawih.html

Aug 19, 2010

Kakak Dina @ Az-zaharah, bangi

Hari selasa badan kakak Dina panas sangat...
Mama check suhu 39.5 .... terus masuk ubat 'bontot' nak bagi kebah cepat
Kakak Dina asyik merengek sakit kepala,
Lepas berbuka puasa terus bawa pergi Az-Zaharah, Bangi 
punyalah ramai orang dekat sejam baru nombor dipanggil

Doktor beritahu Kakak Dina ada tonsil besar..sebab tu
kerap muntah dan tak nak makan...
Disebabkan kakak Dina demam sejak hari Sabtu so
doktor suruh buat ujian darah dan masuk air...


menangis lepas ambil darah

Bila air nak habis mama...???
bagi lah laju sikit...


Cian kakak Dina.

Alhamdulillah result darah Kakak Dina Ok.
lepas selesai masuk air Kakak Dina dibenarkan pulang...
around pukul 12 mlm baru sampai rumah.. 

Pagi masa sahur badan kakak Dina panas lagi
Mama bagi PCM 250 yang doktor bekalkan dan ubat tahan muntah..
Now, keadaan Kakak Dina beransur sembuh
cume continue dengan antibiotik .. jer,

Aug 12, 2010

@ langkawi : Hari Keempat

pagi tu ..... dua beradik ni bangun awal sangat...
6.00 pagi masing-masing dah buat bising dalam bilik Hotel...
(ops..lupa nak beritahu 2 malam pertama kami stay kat rumah rehat MARA dan malam terakhir kami stay kat Bayview Hotel)
sampai mama nak sambung tido lepas subuh pun tak boleh...
penyelesaian nye....
bawak 2 beradik ni ke swimming pool.

layan kat swimming pool
hah...terjun sekali dengan t-shirt & pants....
senang cerita.
mama pun kene terjun sekali tapi separuh badan jer lah....

 
ni budak yang tak boleh jumpa telefon...
habislah dibawa nyer kehulu-hilir...
sampai tercabut cable

lepas sarapan kami ke Telaga Air hangat...
tempat ni under contruction kot...
sebab bersepah semacam jer....
tapi tak der pulak pekerja-pekerja nya...
atau pun boleh dikalsifikasi sebagai projek  sakit terbengkalai
Telaga Air panas

seterusnya kami singgah di Tanjung Rhu

 di sebab sepanjang 4 hari di sini cuaca tidak menentu.
jadi perancangan untuk pergi ke pulau-pulau disekitar langkawi terpakasa dibatalkan.
mungkin lain kali bila kami berkunjung ke sini lagi.

Hasil shopping kami sepanjang 4 hari di sini.
hahaha.... banyak-kan sampai Dina pun pandai sound
'Mama ni buang duit jer'
huh..sentap sekejap bila anak kata mcm tu..

Isi perut sebelum balik di Restoran Wan Thai.


ada pulut mangga dan pulut durian yang sangat mengiurkan...
nyam..nyam...

sebahagian makanan yang kami order baru jer sampai...
kat atas nasi tu ada beras perang

berselera Azim 'Chot' makan sendiri.
dan mama makan dengan selesa nya

bye...bye..
nak balik dah...

Aug 11, 2010

@ Langkawi : Gamat & Makam Mahsuri

Dari awal dah cakap ngan Hubby
tak nak beli minyak gamat...
sebabnya ada 3 botol kat rumah yang belum guna
tu semua hasil pemberian kawan-kawan balik dari Langkawi.

akhirnya kami kene pergi jugak sebab ada
kawan kirim mintak belikan minyak gamat 2 bunddle = 24 botol
Dia nak bawak balik Terengganu
so kami singgah kedai ni jer
Perusahaan Gamat di Kedawang.

Deretan produk berasaskan gamat yang terdapat disini.
sungguh banyak dan pelbagai okeh.
Irma cuma beli kiriman kawan jer.. untuk diri sendiri langsung tak ada.

selepas tu kami

Menuju ke Makam Mahsuri....
untuk masuk ke sini tiket yang dikenakan RM5 untuk dewasa.
untuk kanak-kanak tak pasti pulak berapa..
 Dina ngan Hazim masuk free jer...
Makam Mahsuri


Kampung Kedah ni masih lagi dalam kawasan Makam Mahsuri tau.
Kira pakej sekali lah
bila berkunjung ke Makam Mahsuri boleh masuk Kampung Kedah kali
dalam Kampung Kedah ni  terdapat


 
telaga Mahsuri....
air telaga ni dibotolkan dan dijual RM2 sebotol.
khasiatnya tak pasti pulak untuk apa.
lupa pulak nak tanya dengan penjual tu...

terdapat jugak rumah-rumah lama yang masih dikekalkan.

yang ni Rumah Mahsuri.....
jangan salah kan Irma yer kalau salah info 
maklumat ni pun Irma dapat  dari penjual kuih kat situ.

salah satu pokok yang ada dikawasan ni..
agak-agak korang berapa usia pokok kekabu ni?
ada 100 tahun tak?

last sekali sebelum keluar dari kawasan Makam Mahsuri kami singgah di
Mini Muzium Mahsuri.
kat dalam ni ada menceritakan rentetan sejarah dari kelahiran Mahsuri
hingga beliau dihukum bunuh.
sorry tiada gambar,
sebab dalam muzium ni tak dibenarkan untuk ambil gambar dan bergambar.

seterusnya sesi

Shopping-Shopping.....

Nampak tak 2 orang yang berkobar-kobar menuju ke HiG.
hahaha...

Ni tak tahulah sesi shopping kali ke berapa....
bila kat sini macam-macam nak dibeli.
hubby asyik bagi warning jer...

Kedai ni nampak jer Exlusive .... 
 harga barang-barang ni sini tak lah mahal sangat.

@ Langkawi : Hari Ketiga

Kami keluar dari rumah rehat seawal 8.30 pagi....
erk.. awal ke?
boleh lah...
pergi sarapan area Padang Maksirat pastu singgah jap kat
Beras Terbakar.
kawasan beras terbakar...
berasnya dah tak de pun..
yerlah nama pun dah 7 keturunan beras pun mestilah dah hancurkan..

yang ada pun dalam pinggan ni jer..
ambillah sorang sikit kalau nak rasa.

disepanjang laluan menuju ke kawasan beras terbakar
terdapat gerai-gerai yang menjual kain batik dan baju-baju
tapi ni bukan batik Malaysia tau,
Indon mari ma..

My BIL sibuk memilih kain pelikat.

seterusnya misi kami yang tak kesampaian lagi....
menaiki Cabel Car Langkawi Gunung Mat Chinchang.

 Cabel Car Langkawi ni merupakan Cabel Car terpanjang di dunia tau
iaiatu sepanjang 2.2 km...

harga tiket cuma RM15 seorang untuk warganegara malaysia
sila tunjukkan kad pengenalan semasa membeli tiket.
satu gondola ni boleh memuatkan sehingga 6 orang.


Adik Hazim dengan mama ..
relaks jer...
(dalam hati kecut gak bila pandang ke bawah.)

Kakak Dina sangat teruja dan tak boleh duduk diam....
boleh lagi main-main kat dalam ni.

Dari jauh boleh nampak Telaga Tujuh.
rasanya kalau pakai teropong boleh nampak puteri sedang bersiram
hahaha..

hentian di puncak pertama.
pemandangan dari sini cantik sangat...

kemudian sambung lagi perjalanan ke hentian terakhir.

berjalan kaki menuju ke planta tinjau...
huh..sangat penat sampai sakit lutut.
tengoklah muka Irma... berkerut-kerut dukung Azim 'Chot'

akhirnya berjaya sampai ke Planta Tinjau..
puas sangat....
 dari sini boleh nampak pemandangan lautan Hindi dan laut Andaman. 

Kami kat planta Tinjau ni tak lama sebab hujan mula turun.
rasanya adalah dalam 15 minit.
Udara kat sini fresh sangat .....sejuk jer...

Aug 10, 2010

Solat Tarawih : 10 Malam Pertama (Rahmat)

Insya'Allah, petang ni, kalau anak bulan kelihatan kita akan mula berpuasa pada esok hari, dan kita akan solat tarawih pada malam ni. Semoga ramadhan ini membawa rahmat dan keberkatan kepada kita semua.

" Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semuga kamu menjadi orang yang bertakwa."



Surah Al Baqarah, ayat 183



Kelebihan Solat Tarawih malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.


Sumber : http://www.darulnuman.com/semasa/tarawih.html

@ Langkawi :Dataran Helang & Pasar Malam

Kalau datang ke Langkawi memang dah menjadi kewajipan
setiap orang untuk berkunjung ke Dataran Helang
dan Ini merupakan kali pertama Irma jejakkan kaki ke sini walaupun dah 4 kali datang ke Langkawi
Yer...lah sebelum ni datang atas urusan kerja bukan bercuti..
kali ni ler baru namanya bercuti.  

permukaan agak basah dan licin sebab baru lepas hujan.

Azim 'Chot' yang sibuk nak jalan sendiri.
Tak mahu langsung pegang tangan mama.

senyum....


balik jer dari Dataran Helang
Kami terus ke pasar malam di Pekan Kuah...
motif utama nak cari makanan dan masakan tempatan...

best sangat

yang ni semua masakan dari Thailand ada harga pun murah
Somtam..... RM 3.00
Somtam Mangga...... RM4.50
Kerabu mangga.... RM4.50
Kerabu Kaki Ayam.... RM3.50
Kerabu Maggi...   RM 3.00
Laksa Lemak...RM 2.00
mein kum.......RM2.00

Tokiaw ni bentuknya seperti apam balik tapi
saiznya kecil lebih kurang besar sudu dan berinti kaya ditengah
sedap sangat bila makan panas-panas.

banyakkan makanan yang kali beli
penuh satu meja
ada pulut durian, pulut ayam, somtam, buah longan, nasi kerabu
ayam percik, laksa lemak, bubur nasi,mein kum 
huh..
macam tak percaya tau boleh makan mein kam dengan
harga RM2.00 dan somtam dengan harga RM3.00
kalau kat Chakri Ekspress dan terang-terang harganya RM18.00/set

lepas makan dan solat
kami keluar bersiar-siar ke Pantai Cenang.

Aug 9, 2010

@ Langkawi : Hari Kedua

Hari kedua kami di sini,
kami merancang untuk ke Gunung Mat Chinchang
perjalanan dari pekan Kuah ke Gunung Mat Chinhang memakan masa 30 minit.
sebelum tu kami singgah di Petronas Quay Langkawi.
Isi minyak dah beli sedikit makanan ringan..

Petronas quay Langkawi
cantik kan bangunan ni...

dari tepi Petronas Quay ni boleh tengok Telaga Habour Marina
Alangkah bestnye kalau salah satu ni Irma punyer...
wah... berangan... :) gitu,

Telaga Habour Marina Langkawi Geopark

sesi foto gedik sementara tunggu Abah...

Cantik sangat pemandangan sepanjang ke Gunung Mat Chinchang
tenang jer rasa....

ops.. masa ni hujan dah merintik-rintik...
so, kami batalkan niat untuk ke naik ke Gunung Mat Chinchang
dan beralih ke Pantai Cenang..
tapi disebabkan hari hujan kami hanya menyusuri sepanjang jalan Pantai Cenang
terus ke Idaman Suri...
Bila sampai jer kat Idaman Suri punyalah ramai orang sampai nak masuk pun tak ada ruang ...
5 bas sekali serbu ke Idaman Suri
huh memang sesak.

image: Uncle Goolge....

Disebabkan Hari hujan kami terus
balik ke Rumah Rehat Mara....dan berehat....
2 beradik tu pun nampak letih jer...bagi mereka tidur dulu
petang nanti sambung lagi berjalan-jalan

@ Langkawi : Hari Pertama

Kami bertolak dari Putrajaya pukul 4.00 petang....
parking kereta kat Putrajaya Sentral terus naik ERL
senang... tak payah susah-susah bawa kereta sampai ke Airport 
parking pun free jer

Muka Happy dua beradik yang tak sabar-sabar..
Perjalanan pergi hanya bawa 3 beg baju...
agak-agaknya balik nanti berapa beg yer....

Beratur nak masuk Balai perlepasan.
Masa ni ramai sangat orang terutamanya Pelancong dari Arab.
Orang Malaysia boleh dibilang dengar jari.

perjalanan dari KLIA ke Langkawi memakan masa lebih kurang 1jam.

posing dalam flight pulak....
ready untuk berlepas.....

Budak ni sangat tak reti duduk diam....
dan asyik bertanya bila nak sampai....
kacang pun dah 3 bunngkus habis... siap suruh mama mintak lagi.
herm....

Muka ceria kami bila sampai....
(amboi....... senyum lebar bukan main)

sepanjang di sini kami sewa kereta ni (Nissan Sentra)
kos sewa sepanjang 4 hari di sini cuma RM270 jer..
murah sangat kan..kan,

disebabkan kami sampai dah petang ..
jadi untuk hari pertama kami tak ada perancangan kemana-mana
dari airport terus ke Rumah Rehat MARA di Pekan Kuah
malam tu kami makan di The Bamboo Beach Restaurant, Penarak..tak lah jauh sangat dari pekan kuah
masakan nya memang sangat sedap....
seafood nyer.. fresh gitu...
sorry tak de gambar sebab semua orang tengah lapar...
lepas makan kami pun balik
melelapkan mata
zzz.....Zzz.........zzzZzz.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnag